NAMA Safiq Rahim tidak lagi perlu diperkenalkan di pentas bola sepak tempatan.
Malah, Safiq juga dianggap hero Harimau Malaya apabila bakal mengikuti
langkah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safee Sali menjalani ujian pemilihan
bersama kelab England, Cardiff City tidak lama lagi.
bersama kelab England, Cardiff City tidak lama lagi.
Bagaimanapun, ibarat langit tidak selalunya cerah, nama Safiq tiba-tiba ‘tercicir’
daripada senarai skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal bagi mengikuti aksi persahabatan
menentang Australia di Sydney pada 10 Oktober depan.
daripada senarai skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal bagi mengikuti aksi persahabatan
menentang Australia di Sydney pada 10 Oktober depan.
Lilitan kapten kebangsaan ternyata bukan satu jaminan buat Safiq berterusan menjadi
‘anak emas’ Rajagobal dan prestasi hambarnya ketika membantu Selangor
yang ketika ini dilihat ‘nyawa-nyawa ikan’ bagi mengharungi saingan Piala Malaysia juga
dikatakan menjadi penyebab utama Safiq diketepikan.
“Inilah lumrah dalam bola sepak, siapalah saya untuk sentiasa merasa hebat kononnya
ada satu slot istimewa dalam skuad kebangsaan."
“Saya bukan hero Malaya, banyak lagi yang perlu saya belajar bagi mengembalikan prestasi sebenar, sekali gus kembali memikat Rajagobal,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Selain Safiq, antara watak penting Rajagobal dalam skuad Harimau Malaya sebelum ini yang
turut ‘tercicir’ialah rakan sepasukannya, AMIRULHADI ZAINAL
Di sebalik ketiadaan Safiq dan Amirulhadi, Rajagobal juga dilihat lebih menaruh
kepercayaan kepada beberapa tonggak Olimpik menggalas cabaran negara di Australia seperti
kepercayaan kepada beberapa tonggak Olimpik menggalas cabaran negara di Australia seperti
MAHALI JASULI
MUSLIM AHMAD
MOHD FADHLI SHAS
IZZAQ FARIS RAMLAN
SYAHRUL AZWARI IBRAHIM
Menurut Safiq, kegagalannya menyertai rakan- rakan sepasukan meraih pengalaman
berguna menentang skuad Socceroos kelak akan dijadikan pembakar semangat untuk
kembali menemui sentuhan prestasi, sekali gus menjanjikan yang terbaik semasa
ujian pemilihan bersama Cardiff kelak.
“Saya akui, ramai yang meragui kemampuan saya ketika di Cardiff nanti terutamanya
apabila tidak tersenarai ke Australia."
“Justeru, saya berjanji terutamanya kepada peminat Selangor bahawa saya akan
memikul tanggungjawab untuk kembali mempamerkan kebangkitan seterusnya membantu
pasukan saya mara ke suku akhir Piala Malaysia terlebih dahulu sebelum memikirkan
soal Cardiff,” kata- nya.
memikul tanggungjawab untuk kembali mempamerkan kebangkitan seterusnya membantu
pasukan saya mara ke suku akhir Piala Malaysia terlebih dahulu sebelum memikirkan
soal Cardiff,” kata- nya.
No comments:
Post a Comment