Rasanya semua Org pernah dngar psl GEMPA BUMI kan...
Nak tahu x gempa bumi paling kuat kat ner N bape skala richter dia....???
Di....
Fukushima, Jepun pada Mac 2011..gempa bumi baru jer berlaku...gempa gak la satu dunia an...,
berukuran 9.0 pada skala Richter yang mengorbankan 20,000 orang,
serta mencetuskan bencana nuklear yang terbesar sejak Chernobyl....
kesannya bOle dirasai Oleh negara2 sekitarnya....
Nasib baik Malaysia jauh kan....
Ok infO seterusnya....
Bulan lalu, beberapa daerah di Amerika Syarikat yang sudah lama tidak dilanda
gempa bumi kembali bergegar dengan menyaksikan Virginia paling teruk menerima
kesannya dengan ukuran 5.8 pada skala Richter. Virginia sering bergegar tetapi
kesan gempa kali ini paling kuat selepas lebih satu abad!
Penganalisis bencana menganggap gempa di Amerika Syarikat kali ini sebagai
satu amaran bahawa akan berlaku bencana lebih besar bakal berlaku di negara
berkenaan lebih-lebih lagi negara dalam satu benua seperti
Cuba dan Guatemala turut dilanda gempa bumi.
~Saintis Institut Penyelidikan Gempa Bumi Tokyo melaporkan bahawa
gempa bumi 9.0 skala Richter yang menggegarkan Jepun pada bulan Mac 2011,
mengubah hubungan antara plat tektonik di bawah tanah dan secara drastik meningkatkan
ruang untuk berlaku satu lagi gempa besar bakal melanda Tokyo pada masa terdekat.
Ini diburukkan lagi dengan faktor pembangunan pesat di kawasan berkenaan.
~Institut itu meramalkan perubahan dalam tekanan plat menyebabkan fokus
sempadan plat boleh beralih dan pada masa sama menyebabkan wujud satu
gempa bumi 7.3 skala Richter. Kesannya gempa itu dijangka tidak seteruk kes gegaran
pada Mac 2011 namun Tokyo tetap akan mengalami kemusnahan yang besar.
~“Kami menganggarkan 10,000 orang akan mati dan kerugian ekonomi yang akan
sekitar AS $ 1 trilion (RM3.6 trilion)...bayangkan TRILION bukan billiOn Or MilliOn....
Malah, sebelum Mac 2011 lalu kami menganggarkan ada kemungkinan 70 peratus
gempa bumi utama akan mempengaruhi Tokyo pada bila-bila masa dalam tempoh
30 tahun akan datang,” Naoshi Hirata, penyelidik dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan
Gempa Bumi Jepun, dipetik The Daily Telegraph.
~Hirata menyatakan jangkaan itu satu kebarangkalian yang sukar dinafikan kerana
memang akan berlaku satu bencana besar di Jepun, walaupun mereka tidak boleh meramal
bila akan berlaku.
~“Apa yang kita boleh katakan bahawa semua pihak perlu bersedia,” katanya.
Tokyo umumnya mempunyai dua gempa kecil sebulan, tetapi sejak Mac 2011 lalu,
jumlah itu telah meningkat kepada purata enam kali sebulan.
Jepun, kini mengalami kira-kira 500 gempa bumi sejak bencana Fukushima.
Inilah nasib rakyat JEPUN...WalaupOn Jepun merupakan negara yang 5 tahun lebih
maju dari Malaysia... Kesan kemusnahan nukclear merupakan bencana yg paling
teruk dan ditakuti Oleh masyarakat dunia....Kesan nya memerlukan masa yg lama tuk pulih...
aq rse dlm berpuluh-puluh tahun gak la....
Dan sebenarnya kita nie sudh diberi amran cma x diketahui adakah aper yg berlaku tu
adlah amran kepada bencana alam ini....
X clap aq la aper yg aq thu...masa Tsunami melanda Acheh ari tu...
sumer ikan lOmpat kedasar laut...mmang itu perkara pelik tapi ia x disedari Oleh
mereka yg berada disitu....
PETANDA...????
~Benarkan petanda gempa bumi itu boleh dikesan awal sebelum berlakunya bencana itu?
~Inilah yang ditegaskan beberapa saintis dunia, termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 yang turut menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.
BERIKUT HASIK KAJIANNYA...
1- Deria unik haiwan.
Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh
40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung
daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku.
~Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan
masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun,
sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa
tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit
dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.
~Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada
tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud
7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.
~Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa
hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.
~Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan
itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat.
Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga,
yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.
2-Perubahan di darat/air
~Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.
3.Langit/awan
~Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.
4.ElektrOnik.
~Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.
~Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.
WalupOn Malaysia nie trselamat dari bencana alam yg satu nie...kita masih terkena terpias nya kan..
sO , bersiap sedia la apa jua pOn akan bole berlaku......
No comments:
Post a Comment