Kencing tidak lawas
(urinary incontinence)
(urinary incontinence)
Adalah suatu tanda pemyakit dan bukanlah satu penyakit.
Terdapat beberapa penyakit yang kerap dikaitkan dengan kencing tal lawas.
Oleh itu, rawatan untuk kencing tak lawas bergantung kepada penyakit tersebut.
Terdapat beberapa variasi kencing tak lawas.
- Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil
- Kencing tal lawas atau menitis ketika ketika meneran.
- Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.
- Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.
Punca2
Penyakit yang paling biasa berlaku dalam kalangan lelaki yang menghidapi gejala kencing tidak lawas apabila
menjangkau umur 50 ialah pembesaran kelenjar prostat.
(benign prostatic hyperplasia atau BPH).
Di Malaysia , BPH masih kurang dikesan dan dirawat.
Beberapa info penting yang mesti difahami tentenag pembesaran kelenjar prostat.
-Bukan barah
-Keadaan pembesaran kelenjar prostat.
-Biasanya menyerang lelaki umur lebih 50 tahun.
-Kelaziman penyakit membabitkan lebih 50 peratus dalam kalangan lelaki berusia 60 tahun ke atas,
lebih 90 peratus dalam kalangan lelaki berusia lebih 85 tahun ke atas.
-Mewujudkan gejala urinari, mengganggu dan menjejaskan gaya hidup serta corak tidur pesakit.
-Bersifat progresif
-Jika tidak dirawat wujud risiko pembedahan ATAU kerosakan buah pinggang.
Antara sebab lain kepada masalah kencing tak lawas adalah barah pundi kencing. Pesakit biasanya menghidapi segala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan sakit di bahagian bawah abdomen.
Barah prostat juga adalah salah satu sebab berlakunya gejala kencing tidak lawas dan biasanya gajala ini hanya timbul apabila kanser prostat sudah teruk.
Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan sistem sarafautonomi.
Geajala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah sekdual, tekanan darah rendah dan pitam.
Terdapat banyak lagi sebab lain yang menyebabkan berlakunya gejala kencing tidak lawas termasuklah keradangan kelenjar prostat, kecederaan tulang belakang, kecederaan pundi kencing selepas pembedahan, strok, jangkitan kuman dan banyak lagi.
Anda dinasihat untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar
Langkah - langkah pengawalan
Sebagai langkah untuk mengawal gejala ini, lakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup anda.
- Terhadkan air minuman dalam sehari. Walaupun kita digalakkan untuk minum 8 gelas air sehari, tetapi sebenarnya, lebih banyak anda minum, lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Untuk itu, bagi mereka yang menghidapi gejala kencing tidak lawas, minum air hanya apabila anda haus.
-Elakkan minuman keras kerana alkohol adalah stimulus yang kuat untuk
menggalakkan anda membuang air kecil (diuretik). Alkohol juga dapat mengganggu
kesedaran anda bila perlunya anda ke tandas.
- Elakkan kopi kerana ia mengandungi kafeina yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafeina juga dapt membantu, tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini mengakibatkana irritasi kepada pundi kencing.
- Makanan atau minuman yang menyebabkan PH air kencing lebih rendah ( asidik ) juga perlu dielakkan. Ini termasuk buah - buahan sitrus seperti anggur, oren, lemon dan tomato. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbin dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.
- Sayur bayam, rhubard, coklat dan mrokok juga perku dielakkan keran mengandungi asid oxalik. Ini juga merupakan alasan yang baik unuk berhenti merokok.
- Amalkan secawan yogurt atau minuman yogurt sehari. Ini dapat menggalakkan pembiakan bakteria baik (Lactobacillus acidophilus) dalam sistem urinari manusia seterusnya bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini sangat penting terutamanya jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.
- Apabila anda mengalami kencing tidak lawas, pastikan anda mencatatkan waktu dan tarikh anda mengalami gejala tersebut. Rekodkan juga apa yang anda telah minum sebelum itu dan aktiviti yang menyebabkan gejala tersebut seperti bersin, batuk, ketawa, ketika bersenam atau ia berlaku secara spontan. Ini dapat membantu doktor anda mengenalpasti penyakit yang mengakibatkan gejala ini.
- Anda juga boleh mencuba teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai buang air kecil, berdiri dan duduk semula dan cuba untuk buang air kecil sekali lagi . Teknik ini dipanggil " DOUBLE VOIDING "
- Selain itu, anda juga boleh mencuba senaman otot pelvis atau dikenali juga sebagai 'KEGEL EXERCISE'
Langkah pertama yang perlu anda ikuti adalah mengenalpasti otot yang betul. Bayangkan anda sedang menahan kentut, otot yang bekerja untuk mengawal gas daripada keluar ini adalah otot yang sama yang mengawal anda untuk membuang air kecil.
Terdapat juga cara lain untuk mengenalpasti otot ini.
Ketika anda sedang membuang air kecil, cuba untuk berhenti membuang air kecil. Ini juga merupakan cara yang baik untuk anda mengenalpasti otot pelvis yang betul. Apabila anda telah mengenalpasti otot pelvis yang betul. Apabila anda telah mengenalpasti otot pelvis yang betul, cuba untuk ulang kerja otot tersebut selama 5 saat diikuti oleh rehat selama 10 saat. Lakukan senaman ini selama beberapa minggu.
Ketika anda sedang membuang air kecil, cuba untuk berhenti membuang air kecil.
No comments:
Post a Comment