SALAM

SALAM

Total Pageviews

Tuesday, September 27, 2011

HaSiLKu : mIStERi gEMpA....


Rasanya semua Org pernah dngar psl GEMPA BUMI kan...
Nak tahu x gempa bumi paling kuat kat ner N bape skala richter dia....???

Di....
Fukushima, Jepun pada Mac 2011..gempa bumi baru jer berlaku...gempa gak la satu dunia an...,
berukuran 9.0 pada skala Richter yang mengorbankan 20,000 orang,
serta mencetuskan bencana nuklear yang terbesar sejak Chernobyl....
kesannya bOle dirasai Oleh negara2 sekitarnya....
Nasib baik Malaysia jauh kan....

Ok infO seterusnya....
Bulan lalu, beberapa daerah di Amerika Syarikat yang sudah lama tidak dilanda
gempa bumi kembali bergegar dengan menyaksikan Virginia paling teruk menerima
kesannya dengan ukuran 5.8 pada skala Richter. Virginia sering bergegar tetapi
kesan gempa kali ini paling kuat selepas lebih satu abad!
Penganalisis bencana menganggap gempa di Amerika Syarikat kali ini sebagai
satu amaran
bahawa akan berlaku bencana lebih besar bakal berlaku di negara
berkenaan lebih-lebih lagi negara dalam satu benua seperti
Cuba
dan Guatemala turut dilanda gempa bumi.

~Saintis Institut Penyelidikan Gempa Bumi Tokyo melaporkan bahawa
gempa bumi 9.0 skala Richter yang menggegarkan Jepun pada bulan Mac 2011,
mengubah hubungan antara plat tektonik di bawah tanah dan secara drastik meningkatkan
ruang untuk berlaku satu lagi gempa besar bakal melanda Tokyo pada masa terdekat.
Ini diburukkan lagi dengan faktor pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

~Institut itu meramalkan perubahan dalam tekanan plat menyebabkan fokus
sempadan plat boleh beralih dan pada masa sama menyebabkan wujud satu
gempa bumi 7.3 skala Richter. Kesannya gempa itu dijangka tidak seteruk kes gegaran
pada Mac 2011 namun Tokyo tetap akan mengalami kemusnahan yang besar.

~“Kami menganggarkan 10,000 orang akan mati dan kerugian ekonomi yang akan
sekitar AS $ 1 trilion (RM3.6 trilion)...bayangkan TRILION bukan billiOn Or MilliOn....
Malah, sebelum Mac 2011 lalu kami menganggarkan ada kemungkinan 70 peratus
gempa bumi utama akan mempengaruhi Tokyo pada bila-bila masa dalam tempoh
30 tahun akan datang
,” Naoshi Hirata, penyelidik dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan
Gempa Bumi Jepun, dipetik The Daily Telegraph.

~Hirata menyatakan jangkaan itu satu kebarangkalian yang sukar dinafikan kerana
memang akan berlaku satu bencana besar di Jepun, walaupun mereka tidak boleh meramal
bila akan berlaku.

~“Apa yang kita boleh katakan bahawa semua pihak perlu bersedia,” katanya.
Tokyo umumnya mempunyai dua gempa kecil sebulan, tetapi sejak Mac 2011 lalu,
jumlah itu telah meningkat kepada purata enam kali sebulan.
Jepun, kini mengalami kira-kira 500 gempa bumi sejak bencana Fukushima.

Inilah nasib rakyat JEPUN...WalaupOn Jepun merupakan negara yang 5 tahun lebih
maju dari Malaysia... Kesan kemusnahan nukclear merupakan bencana yg paling
teruk dan ditakuti Oleh masyarakat dunia....Kesan nya memerlukan masa yg lama tuk pulih...
aq rse dlm berpuluh-puluh tahun gak la....

Dan sebenarnya kita nie sudh diberi amran cma x diketahui adakah aper yg berlaku tu
adlah amran kepada bencana alam ini....

X clap aq la aper yg aq thu...masa Tsunami melanda Acheh ari tu...
sumer ikan lOmpat kedasar laut...mmang itu perkara pelik tapi ia x disedari Oleh
mereka yg berada disitu....

PETANDA...????
~Benarkan petanda gempa bumi itu boleh dikesan awal sebelum berlakunya bencana itu?

~Inilah yang ditegaskan beberapa saintis dunia, termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 yang turut menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.

BERIKUT HASIK KAJIANNYA...
1- Deria unik haiwan.
Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh
40 bebiri
yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung
daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku.

~Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan
masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun,
sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa
tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit
dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.

~Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada
tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud
7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.

~Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa
hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.

~Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan
itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat.
Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga,
yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.

2-Perubahan di darat/air
~Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.

3.Langit/awan
~Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.

4.ElektrOnik.
~Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.

~Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.


WalupOn Malaysia nie trselamat dari bencana alam yg satu nie...kita masih terkena terpias nya kan..
sO , bersiap sedia la apa jua pOn akan bole berlaku......

Saturday, September 24, 2011

LaGuKu : PedOmAn BuAt sEmuA..



Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone 
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Do't despair and never loose hope
Coz ALLAH is always by your side

Insha'ALLAH Insha'ALLAH Insha'ALLAH
YOu'll find your way

Insha'ALLAH Insha'ALLAH Insha'ALLAH
YOu'll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that it's way too late
You're so confuse
Wrong decisions you have  made
Haunt your mind and you heart is full of shame
Don't despair and never loose hope
Coz ALLAH is always by your side

Insha'ALLAH Insha'ALLAH Insha'ALLAH
YOu'll find your way

Insha'ALLAH Insha'ALLAH Insha'ALLAH
YOu'll find your way

Turn to ALLAH
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooohh Ya ALLAH
Guide my steps don't let me go astray
You're the only who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha'ALLAH Insha'ALLAH Insha'ALLAH
YOu'll find your way

Insha'ALLAH Insha'ALLAH Insha'ALLAH
YOu'll find your way


Thursday, September 22, 2011

BoLaKu : SaFiq RaHim TeKaD KeMbaLi KePada HaRimaU MaLayA...


NAMA Safiq Rahim tidak lagi perlu diperkenalkan di pentas bola sepak tempatan.
Malah, Safiq juga dianggap hero Harimau Malaya apabila bakal mengikuti 
langkah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safee Sali menjalani ujian pemilihan
bersama kelab England, Cardiff City tidak lama lagi.
Bagaimanapun, ibarat langit tidak selalunya cerah, nama Safiq tiba-tiba ‘tercicir’
daripada senarai skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal bagi mengikuti aksi persahabatan
menentang Australia di Sydney pada 10 Oktober depan.
Lilitan kapten kebangsaan ternyata bukan satu jaminan buat Safiq berterusan menjadi 
‘anak emas’ Rajagobal dan prestasi hambarnya ketika membantu Selangor 
yang ketika ini dilihat ‘nyawa-nyawa ikan’ bagi mengharungi saingan Piala Malaysia juga 
dikatakan menjadi penyebab utama Safiq diketepikan.

“Inilah lumrah dalam bola sepak, siapalah saya untuk sentiasa merasa hebat kononnya 
ada satu slot istimewa dalam skuad kebangsaan."

“Saya bukan hero Malaya, banyak lagi yang perlu saya belajar bagi mengembalikan prestasi sebenar, sekali gus kembali memikat Rajagobal,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Selain Safiq, antara watak penting Rajagobal dalam skuad Harimau Malaya sebelum ini yang 
turut ‘tercicir’ialah rakan sepasukannya, AMIRULHADI ZAINAL

Di sebalik ketiadaan Safiq dan Amirulhadi, Rajagobal juga dilihat lebih menaruh
kepercayaan kepada beberapa tonggak Olimpik menggalas cabaran negara di Australia seperti


MAHALI JASULI

MUSLIM AHMAD

MOHD FADHLI SHAS

WAN ZAHARULNIZAM WAN ZAKARIA

IZZAQ FARIS RAMLAN

K. GURUSAMY

SYAHRUL AZWARI IBRAHIM

Menurut Safiq, kegagalannya menyertai rakan- rakan sepasukan meraih pengalaman 
berguna menentang skuad Socceroos kelak akan dijadikan pembakar semangat untuk 
kembali menemui sentuhan prestasi, sekali gus menjanjikan yang terbaik semasa 
ujian pemilihan bersama Cardiff kelak.

“Saya akui, ramai yang meragui kemampuan saya ketika di Cardiff nanti terutamanya 
apabila tidak tersenarai ke Australia."

“Justeru, saya berjanji terutamanya kepada peminat Selangor bahawa saya akan
memikul tanggungjawab untuk kembali mempamerkan kebangkitan seterusnya membantu
pasukan saya mara ke suku akhir Piala Malaysia terlebih dahulu sebelum memikirkan
soal Cardiff,” kata- nya.

BoLaKu : BeRusaHa Lagi....

SAFIQ RAHIM AS KAPTEN

AMIRULHADI ZAINAL
Amat mengejutkan apabila nama SAFIQ RAHIM dan AMIRULHADI ZAINAL tercicir dlm senarai 26 pemain K.Rajagobal tuk game MAS menentang AUS nnt....
Safiq Rahim merupakan perancang utama yang membimbing Harimau Malaya dalam menjulang Piala Suzuki AFF tahun lepas namun Rajagobal menyifatkan beliau tidak berada pada tahap terbaik pada aksi Piala Malaysia bersama Selangor.

Say Rajagobal ~~~~~
“Kita tahu dia pemain yang luar biasa, sumbangannya sebagai kapten, komitmennya amat tinggi tapi dia tidak bermain dengan Selangor akhir-akhir ini. Semua pemain harus berusaha untuk terus konsisten ketika beraksi bersama pasukan masing-masing dalam liga dan juga ketika mewakili negara,”

Safiq Rahim juga gagal mendpt tmpt yg kesebelahan dlm team selngOr tuk piala mlysia....safiq just men skali jer drpd 4 game...

Wednesday, September 14, 2011

KeSihATan : KeNciNg X LawAS

Kencing tidak lawas
(urinary incontinence)

Adalah suatu tanda pemyakit dan bukanlah satu penyakit.

Terdapat beberapa penyakit yang kerap dikaitkan dengan kencing tal lawas.
Oleh itu, rawatan untuk kencing tak lawas bergantung kepada penyakit tersebut.

Terdapat beberapa variasi kencing tak lawas.
- Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil
- Kencing tal lawas atau menitis ketika ketika meneran.
- Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.
- Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.

Punca2
Penyakit yang paling biasa berlaku dalam kalangan lelaki yang menghidapi gejala kencing tidak lawas apabila 
menjangkau umur 50 ialah pembesaran kelenjar prostat.
(benign prostatic hyperplasia atau BPH).
Di Malaysia , BPH masih kurang dikesan dan dirawat.

Beberapa info penting yang mesti difahami tentenag pembesaran kelenjar prostat.
-Bukan barah
-Keadaan pembesaran kelenjar prostat.
-Biasanya menyerang lelaki umur lebih 50 tahun.
-Kelaziman penyakit membabitkan lebih 50 peratus dalam kalangan lelaki berusia 60 tahun ke atas,
lebih 90 peratus dalam kalangan lelaki berusia lebih 85 tahun ke atas.
-Mewujudkan gejala urinari, mengganggu dan menjejaskan gaya hidup serta corak tidur pesakit.
-Bersifat progresif
-Jika tidak dirawat wujud risiko pembedahan ATAU kerosakan buah pinggang.

Antara sebab lain kepada masalah kencing tak lawas adalah barah pundi kencing. Pesakit biasanya menghidapi segala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan sakit di bahagian bawah abdomen.

Barah prostat juga adalah salah satu sebab berlakunya gejala kencing tidak lawas dan biasanya gajala ini hanya timbul apabila kanser prostat sudah teruk.

Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan sistem sarafautonomi.
Geajala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah sekdual, tekanan darah rendah dan pitam.
Terdapat banyak lagi sebab lain yang menyebabkan berlakunya gejala kencing tidak lawas termasuklah keradangan kelenjar prostat, kecederaan tulang belakang, kecederaan pundi kencing selepas pembedahan, strok, jangkitan kuman dan banyak lagi.
Anda dinasihat untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar

Langkah - langkah pengawalan
Sebagai langkah untuk mengawal gejala ini, lakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup anda.

- Terhadkan air minuman dalam sehari. Walaupun kita digalakkan untuk minum 8 gelas air sehari, tetapi sebenarnya, lebih banyak anda minum, lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Untuk itu, bagi mereka yang menghidapi gejala kencing tidak lawas, minum air hanya apabila anda haus.

-Elakkan minuman keras kerana alkohol adalah stimulus yang kuat untuk
menggalakkan anda membuang air kecil (diuretik). Alkohol juga dapat mengganggu
kesedaran anda bila perlunya anda ke tandas.

-  Elakkan kopi kerana ia mengandungi kafeina yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafeina juga dapt membantu, tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini mengakibatkana irritasi kepada pundi kencing.

- Makanan atau minuman yang menyebabkan PH air kencing lebih rendah ( asidik ) juga perlu dielakkan. Ini termasuk buah - buahan sitrus seperti anggur, oren, lemon dan tomato. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbin dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.

- Sayur bayam, rhubard, coklat dan mrokok juga perku dielakkan keran mengandungi asid oxalik. Ini juga merupakan alasan yang baik unuk berhenti merokok.

- Amalkan secawan yogurt atau minuman yogurt sehari. Ini dapat menggalakkan pembiakan bakteria baik (Lactobacillus acidophilus) dalam sistem urinari manusia seterusnya bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini sangat penting terutamanya jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.

- Apabila anda mengalami kencing tidak lawas, pastikan anda mencatatkan waktu dan tarikh anda mengalami gejala tersebut. Rekodkan juga apa yang anda telah minum sebelum itu dan aktiviti yang menyebabkan gejala tersebut seperti bersin, batuk, ketawa, ketika bersenam atau ia berlaku secara spontan. Ini dapat membantu doktor anda mengenalpasti penyakit yang mengakibatkan gejala ini.

- Anda juga boleh mencuba teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai buang air kecil, berdiri dan duduk semula dan cuba untuk buang air kecil sekali lagi . Teknik ini dipanggil " DOUBLE VOIDING "

- Selain itu, anda juga boleh mencuba senaman otot pelvis atau dikenali juga sebagai 'KEGEL EXERCISE'
Langkah pertama yang perlu anda ikuti adalah mengenalpasti otot yang betul. Bayangkan anda sedang menahan kentut, otot yang bekerja untuk mengawal gas daripada keluar ini adalah otot yang sama yang mengawal anda untuk membuang air kecil.

Terdapat juga cara lain untuk mengenalpasti otot ini.

Ketika anda sedang membuang air kecil, cuba untuk berhenti membuang air kecil. Ini juga merupakan cara yang baik untuk anda mengenalpasti otot pelvis yang betul. Apabila anda telah mengenalpasti otot pelvis yang betul. Apabila anda telah mengenalpasti otot pelvis yang betul, cuba untuk ulang kerja otot tersebut selama 5 saat diikuti oleh rehat selama 10 saat. Lakukan senaman ini selama beberapa minggu. 

Ketika anda sedang membuang air kecil, cuba untuk berhenti membuang air kecil. 


Friday, September 9, 2011

HaTiKu : MenCari ErTi SAHABAT



Semalam aq ader lepak ngan member2 aq....
Mcm2 la ktOrg sembang...Citer punya citer....
Terkuar lak citer pasal perkara NAK MELUPAKAN dan DILUPAKAN....
Biasela klO berckap bab nie mesti berciter psl PAKWE Or org yg disukai Or kisah cinta...
Tapi salah seOrg antara member aq nie....

Dia x citer psl pakwe , yg berkaitan ngan kisah cinta N lelaki...
Dia Citer psl " PERSAHABATAN "...






APA ERTI SAHABAT..????  ntah la..tapi nie yg aq nak tlis....Baca la..


APA ERTI SAHABAT.
Sahabat yang amat diperlukan pada setiap masa seperti udara
Jika dia terputus darimu maka engkau akan mati.
Dia adalah SAHABAT yang dapat medekatkan dirimu kepada ALLAH S.W.T
.
SAHABAT seperti penyakit adalah sahabat perlu engkau jauhi
Dialah yang mendekatkanmu kepada neraka.



Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yg hnya bercerita,
Ambillah masa tuk memahami hati dan perasaan kawan.
Kerana dia juga seseOrg manusia.
Dia juga ada rse takut , ada rse bimbang , sedih dan kecewa.
Dia juga ader kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kwnnya itu , kita selalu melihat dia ketawa tapi mngkin sebenarnya
dia x setabah yg kita sangka.
Di sebalik senyumannya itu , mungkin bnyak cerita sedih yg ingin diluahkan.
Di sebalik ketenangannya , mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita x tahu...tetapi kita cuba jadi SAHABAT seperti dia.
Mungkin kita akan tahu aper perasaan dia..



Thursday, September 8, 2011

Hatiku : sEpErTi yAng DigAmBaRkaN...

Terasa sungguh ati aq ini apabila terbaca satu artikel nie...
Tajuk dia..

" Mengapa Harus dihukum Kehadiran Cinta Yang Baru..."
Aq trjumper kat satu blOg brOther nie...mula2 aq igt blOg nie milik seOrg pepuan..
sekali aq tngOk prOfile dia...
ha..lelaki rupanyer...
hahaha...kelakar pOn ader....
Tapi x sngka la blOg nie milik seOrg lelaki..


sO , aq rse mcm nak kOngsi la aper yg tlah aq baca kat blOg brOther nie
ngan kOrng sumer..

Aper kata kOrg baca smpai abis mner tahu kan aper yg brOther nie tlis
sama ngan aper yg  berlaku kat kOrg kan....



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama nie x dihargai Oleh
Insan yg bernama KEKASIH , apatah lg kita dibuang begitu saja..
Tapi..
Itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa
akn dtg..



Kadang kehadiran cinta yg tidak berbalas tidak seharusnya
membuat kita terus lemah dalam mengejar erti
REALITI..
Sedarlah cinta bukan terletak pada satu impian yg kita cari selama ini..
merasai Masih ada nilai cinta seharusnya kita bersyukur kerana dlm
hati kita masih ada ruang tuk berhrap pd satu pautan
..

.DAN.

Kadang cinta x berbls seharusnya membuatkan  kita lebih bersemangat
ngan lbih membara kerana kita yakin akn sesuatu yg belOm pasti..
Bersabarlah menghadapi peritnya
" PERTEMUAN DLAM PERPISAHAN "
Dan sabar itu harus ada..

Kata Org tuk jatuh cinta hnya sekejap saja..
Hanya sekelip mata saja kita tlah jatuh cinta..
Dan..
Tuk melupakan seseOrg yg kita cintai itu akn mengambil masa seumur hidup kita...

Itu kata Org yng x bersemangat..
Tapi...

Sejauh mana kebenaran itu..??
Sedangkan kita manusia..
Mengapa perlu menghukum diri untuk sesalan seumur hidup..

Bersemangatlah duhai jiwa yang lara..Cinta tidak seharusnya memiliki..
Dan cinta juga tidak seharusnya bahagia..
Dan cinta bukan tuk dibenci..*
nie pendapat aq sendiri..*

Wahai sahabat yg kecewa , menderita dan sengsara kerana cinta ,
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Hari esok pun kita sendiri x pasti samada mnjd milik kita..
Gapailah
KEREDHAAN ALLAH S.W.T ngan melaksanakan suruhanNYA..
dan meninggalkan laranganNYA..


Jika tiada cinta si dia, mengapa harus dihukum kehadiran cinta yang baru..??