SALAM

SALAM

Total Pageviews

Friday, July 6, 2012

RenUnGaN : KemaTiaN...


Assalamualaikum semua...

Semua ciptaan di dunia ini pasti akan mati..
Dimana kita datang di situ la kita kembali..
Jangan terlalu ghairah dengan dunia
Sampai kita lupa akan satu lagi alam yang kita akan kekal selamanya disana...

Tiga perkara sewaktu hendak mati atau ketika nazak.
- Dimatikan dalam kehinaan
[ rOhnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan ]

- Dimatikan dalam keadaan sangat lapar.
[ bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi 
tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika rOh akan keluar ].

- Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan
 [ walapun dituangkan air kekerOngkOngnya sebanyak manapun]


Tiga Perkara sewaktu dalam kubur
- Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nakir menyiksanya sehingga hari kiamat.

-Didatangkan Allah seekOr ular besar bernama shwaun-ra/suja'ull-akra.
Yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi,
dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar:
" Aku disuruh Oleh ALLAH memukul engkau sebab meninggalkan
sOlat dari SUBUH hingga ZUHUR, kemudian ZUHUR ke ASAR,
dari ASAR ke MAGHRIB dan dari MAGHRIB ke ISYAK sehingga SUBUH.

" Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan
solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi
 beberapa ratus hasta. kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku
besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi sehingga hari kiamat.


Tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
- Datang malaikat menyeksanbya dengan rantai panjang.
Rantai itu diikat ke leher Orang yang meninggalkan sOlat
serta dimasukkan ke mulutnya  dan dikeluarkan melalui duburnya.
Kemudiannya rantai itu ditarik dan disentap.

" Malaikat yang menghelanya berteriak :
 Inilah balasan bagi Orang yang meninggalkan sOlat yang difardukan..
Kemudian Orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama SAQAR.
Orang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan ALLAH.
Ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan,
  ALLAH tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Firman ALLAH bermaksud; " Mereka yang mensia - siakan solat
dan mengikut hawa nafsu kepada kejahatan,
 maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka. :
[ Surah Maryam, Ayat 59 ]

Renung - renungkan la wahai manusia sekalian..
Ajal maut kita athu bila..
sO bersiap sedia la...

No comments:

Post a Comment