Kenali KELEBIHAN dan ciri-ciri pasukan Datuk K.RajaGobal yang akan bertarung
dengan ARSENAL dan MANCHESTER CITY pada 24 dan 31 JULAI
di Stadium Bukit Jalil
Kelab-kelab gergasi liga perdana seperti MANCHESTER UNITED, CHELSEA dan ARSENAL
sudah lama menganggap BUKIT JALIL sebagai pangkalan mereka di rantau ini dan
HARIMAU MALAYA kini telah dijadualkan untuk bertembung dengan ARSENAL
sekali lagi pada 24 JULAI dan MANCHESTER CITY pada 30 JULAI nanti.
Berikut adalah ringkasan senarai pemain HARIMAU MALAYA yang akan bertarung :
KHAIRUL FAHMI CHE MAT - 7 Januari 1989
- Diiktirafkan sebagai penjaga gol terbaik Asia, Apex pandai mengarah benteng pertahanan.
Ketangkasan dalam menyelamatkan gawang juga terbukti dari
tendangan sudut, tendangan percuma mahupun penalti.
MOHD FARIZAL MARLIAS - 16 Jun 1986
- Penjaga gol ini telah mempertahankan gawang gol negeri Sembilan dengan baik dan
dianggap sebagai pilihan kedua secara automatik.
Kelebihan Farizal adalah menangani hantaran jauh ke dalam kotak.
NORAZLAN RAZALI - 19 Disember 1985
- Penjaga gawang yang berpengalaman ini mampu mengatasi penyerang
jika menghadapinya tetapi harus memperbaiki fOkus jika diberi peluang.
MOHD ASRARUDDIN PUTRA OMAR - 26 Mac 1988
- Pemain pertahanan ini tidak mudah hilang kawalan bOla, minat menyerang dan
mempunyai hantaran jauh yang tepat. Telah berlatih dengan PSV Eindhoven.
SUBRAMANIAM SOORYAPPARAD - 31 Ogos 1985
- Pemain pertahanan yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan
berani menjalankan tanggungjawab mempertahankan gawang sebagai pemain terakhir.
Mampu melancarkan gerakan serangan di bahagian sayap jika mempunyai peluang.
MUHAMMAD MUSLIM AHMAD - 25 April 1989
- Dikenalpasti oleh ARSENER WENGER dan ALEX FERGUSON sebagai pemain yang
mempunyai kekuatan mental yang tinggi, Muslim adalah pemain pertahanan yang amat digeruni
dengan kemampuan asakan serta ketangkasannya.
MOHD FAIZAL MUHAMAD - 3 Mac 1989
- Pemain muda ini telah membuktikan daya persefahaman yang tinggi dan
mampu bermain di mana-mana sahaja di barisan pertahanan.
Faizal juga amat cergas dan mampu menangani ancaman penyerang yang pantas.
MAHALI JASULI - 2 April 1989
- Pemain pertahanan ini terkenal dengan pendekatan lasaknya yang
mampu mengawal gerakan penyerang lawan dengan baik.
Tanggungjawab sebagai ketua pasukan Harimau Muda juga membuktikan
kemampuan untuk memimpin pasukan.
MOHD FADHLI MOHD SHAS - 21 Januari 1991
- Pemain pertahanan yang berani mengOrbankan diri dengan
menghumbankan badan demi mempertahankan gawang,
Fadhli Shas merupakan antara pemain yang terbesar dalam pasukan dan asakan
Fadhli Shas digeruni pihak lawan.
MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RAZAK - 3 Ogos 1987
- Pemain ini terkenal dengan kepantasannya merampas kawalan bola sambil
melancarkan gerakan serangan dengan hantaran jauh yang tepat.
Adil juga mempunyai rembatan yang tepat dan menyegat.
AMIRIDZWAN TAJ TAJUDIN - 30 mei 1986
- Diberi peluang setelah membuktikan kemampuan di ATM bersama Aidil Zafuan dan
mampu membaca dan mengawal rentak pemainan dengan baik.
MOHD AZMI MUSLIM - 17 Oktober 1986
- Pemain ini bijak merancang gerakan dan daya pemahaman permainan yang tinggi memberi
beliau kelebihan untuk membuat halangan ataupun
memberi hantaran yang mencetuskan serangan.
AMAR ROOHIDAN - 23 April 1987
- Diturunkan Oleh K.RajaGobal keran minat dengan aksi pertahananya yang dikatakan
" MENGEMASKAN PEMAINAN HARIMAU ".
MOHD BUNYAMIN UMAR - 7 Januari 1988
- Pemusnah tengah yang paling mamtap, Bunyamin mampu menyengat gerakan pasukan lawan
dengan asakan yang tepat. Telah berlatih bersama pasukan simpanan CHELSEA.
MOHD SHAKIR SHAARI - 29 september 1986
- Pemain penting untuk pasukan Kelantan, Shakir Shaari telah menyekat gerakan lawan dengan
baik sambil mempertahankan benteng pertahanan.
Rembatan dari jauh Shakir Shaari juga amat menyengat dan mampu memberi peluang
untuk penyerang utama.
MOHD KHYRIL MUHYMEEN ZAMBRI - 9 Mei 1987
- Penyerang yang mempunyai aksi gelecak dan gerakan yang pantas
tetapi kecederaan telah menjejas permainannya, Antara pemain yang dipercayai K.RajGobal.
SAFIQ RAHIM - 5 Julai 1987
- Pemain bintang ini sering memberangsangkan pasukan dengan gol
dari tendangan percuma dan hantaran beliau yang tepat sering mencipta ruang dan
peluang untuk rakan sepasukan.
Sering membangkitkan permainan dalan saingan sengit.
SHAHURAIN ABU SAMAH - 23 Disember 1986
- Pemain veteran yang dikenali sebagai pakar sentuhan pertama ini
mampu melancarkan gerakan serangan dalm situasi yang ketat dan
berani membuat percubaan yang tepat dari jauh.
KUNALAN SUBRAMANIAM - 15 September 1986
- Penyerang yang pantas, mahir membuat gelecak dan sanggup
bertungkus-lumus demi kebaikan pasukan hingga wisel penamat.
Antara tOnggak serangan yang paling dipercayai untuk kelab dan negara.
MOHAMAD ASHAARI SAMSUDIN - 7 Jun 1985
- Penyerang yang gemar menggelecek lepas pemain dari bahagian sayap ke dalam kOtak ini
sering mencari ruang dan tidak segan untuk membuat percubaan walaupun dari jauh.
mahir berganding usaha dalam gerakan satu sentuhan.
YONG KUONG YONG - 18 September 1988
- Penyerang yang cerdik mencari ruang dan mencipta gol ini amat pemurah dan
lebih selesa memberi hantaran tepat untuk memastikan gol dari mengambil peluang sendiri.
Mempunyai semangat persaingan yang tinggi.
BADDROL BAKHTIAR - 1 Februari 1988
- Penyerang yang berasal dari Kedah ini amat bergaya dan sering membuat
percubaan istimewa yang jika tepat mampu memberangsangkan pasukan.
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2010 - Pemain Tengah Terbaik.
Telah berlatih bersama pasukan simpanan CHELSEA.
AHMAD SHAKIR MD ALI - 9 Januari 1989
- Penyerang yang terkenal dengan pendekatan fizikal ini juga mempunyai sentuhan yang baik. Penyertaannya sebagai pemain gantian sering meningkatan rentak pemainan HARIMAU.
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA - 8 Jun 1984
- Pemain kesayangan yang dianggap sebagai penyerang terbaik era ini untuk MALAYSIA
sering bekerja keras dan mampu mereka peluang apabila gerakan
Norshahrul menarik perhatian pemain pertahanan lawan.
Mempunyai rembatan yang tepat.
AZAMUDDIN MOHD AKIL - 16 April 1985
- Penyerang handal ini telah membuat kejutan setiap kali disertakan dalam perlawanan dengan
kepantasan menggelecek, ketangkasan merampas kawalan bOla dan rembatan yang tepat.
Sering disertakan sebagai pemain gantian.
MD ROZAIMI ABD RAHMAN - 6 Oktober 1992
- Penjaring gol terbanyak rantau Asia dengan 10 gol dalam 5 perlawanan Piala AFC,
penyerang muda ini amat tenang di hadapan gol dan yakin dalam kemampuan diri sendiri.
Ini adalah pemainan pertama Rozaimi dengan skuad HARIMAU MALAYA.
MOHD SAFEE MOHD SALI - 28 Januari 1984
- Penyerang handal yang amat berpengalaman yang mampu mengubah cOrak pemainan dengan hanya satu sentuhan, sering menguji benteng pertahanan lawan dan mampu mencipta ruang sendiri sebelum membuat percubaan, Aksi Safee Sali masih mantap..
*...yang penting Safee Sali suka senyum...hahaha...*
sumber diperOlehi dari
No comments:
Post a Comment