SALAM

SALAM

Total Pageviews

Friday, July 27, 2012

LaGuKu : SprinG RoManTis...

Lagu yang selalu A.Q karOk...
Rindu kat A.Q la...

SPRING ROMANTIS

Bagaimana..Harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka
Masa dulu

Andainya kau sendirian dan 
Kau masih lagi mencariku
Di sini aku menanti mu

Kenangi saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari - lari mengejar Ombak
Di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan

Sejarah cintaku yang lalu Ohh...
Hanyalah ujian bagimu
seandainya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandanya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu Oh..sayang

Cuba kau ingat kembali
Masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi

Andainya kau ada yang lain
Waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti

Kalau aku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hatiku
Kau pergi dariku tanpa pesan
Disudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu
Kaulah kekasih..


Wednesday, July 25, 2012

HaTiKu : JaTuH HaTi LaGi...


Ok...
Nak stOry pasal seseOrang...
hehehe...

Aq jmper kat melaka budak nie...
Kawan kepada kawan aku...
Hensem..Memang hensem gler..
Anak datO...aku panggil dia A.Q
Hahaha...

First time tengOk dia x berkelip mata aku...
Kelakarkan..
Aq nie rupa ala kadar jer, tapi berangan nak Orang sehensem A.Q...
Bangang gak aku nie kan...

Selama nie aq slalu main2 ngan member aq nak berkenalan ngan anak datO..
Sekali dah dapat...Memang tertawan la hati aq nie...
Dah la hensem...
Satunyer anak lelaki dalam famili dia..
Umur A.Q tak silap aq 22 tahun...

Tapi...
Biase la mesti la dah ader awek...dua plak tu...
Pastu suh aq jd yang nO 3..Memang tak la...
Aq tahu dia main2 jer, aq pOn men2 jer...
Sebenarnya aq serius suka kan dia...
Tapi...
Apkan daya milik tuan punya badan sudah dimiliki

Bak kata seseOrang nie
" tanpa gurauan hidup akan sepi "

Setiap kali aq pergi sana, dia mesti nyanyi lagu nie..
SPRING ROMANTIS

Aq harap dapat jumper A.Q lagi...
Doakan la aq dipertemukan lagi dengan dia


Tuesday, July 24, 2012

HaTiKu : SiaPa TaHu...

Ramadhan yang ketiga...
Entah kenapa tiba2 rasa sebak tak tentu pasal nie...
benci perasaan nie...
benci sangat...
sebab perasaan 


Orang disekeliling aq x paham aq macam maner...
Orang sekeliling aq x paham perasaan aq

Dapat aq rsekan tidak ader sorang pOn di dunia nie mengenali aq...
kecuali SANG PENCIPTA

Emak aq pOn x tahu aq mcm maner...
Aq berpura - pura depan semua Orang..
Sebab aq tahu...
DiOrang tak akan paham aq...

Orang diluar melihat aq sebagai manusia yang keras hati
Sebagai manusia pendendam
Sebagai manusi pemarah

Tapi dalam
ader yang tahu tak..??
Tak kan...??
macam maner nak bg thu Orang yang melihat aq nie, 
tahu keadaan dlm hati aq nie macm maner

TOLONG AKU.

Sunday, July 22, 2012

HaTiKu : TiBa MaSa nYa...


 hayati lagu nie...

TEMAN PENGANTI - BLACK feat MALIQUE

Aku tuju kan lagu nie pada sahabat aku.. 
Kepada 4 Orang sahabat aku yang sentiasa 
Ada masa aku susah dan senang...
 Maner tahukan kalau tak sempat nanti... 
Jadikan lagu ini sebagai kenangan dari aku...

Kepada SAHABAT aku..:

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bOlehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dOmpet dalam laci
 Ada sikit wang, itu saja baki
MOga - mOga cukup untuk majlis itu nanti

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Aku kan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya Kau cari teman penganti
Rahsia ini... Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya... Segala - galanya aku ceritakan
Aku kan pergi... Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya... Kau cari teman penganti

Saturday, July 21, 2012

HaTiKu : SaLaM RamaDHan 2012...


SALAM RAMADHAN
kepada semua umat ISLAM di dunia ini.


semOga ramadhan pada tahun ini mendapat keredhaan NYA
dan
semOga kedatangan ramadhan tahun aakn menjadi lebih bermakna
untuk kalian semua.

Friday, July 20, 2012

HaTiKu : KeseTiaaN SeOranG SaHabaT...



Setianya kasih dia pada sahabatnya
Teguhnya ikatan dalam hati dia untuk sahabatnya
Bertuah dia keran mempunyai sahabat seperti dia
Tapi
KeegOan sebelah pihak membuat sebelah pihak lagi merana
Sampaikan demam rindukan sahabatnya itu

Aku berdOa dari jauh semOga persahabatan kamu berdua kembali terjalin
Aku dOa ikhlas dari hati ini

Aku yang suatu ketika dahulu telah melihat akrabnya kamu berdua
Aku yang suatu ketika dahulu pernah hadir dalam hidup kamu berdua
Aku sendiri melihat nya
Sedih hati aku ini
Pilu jiwa aku ini
Melihat dia bersedih kerana sahabat nya

" SEMOGA PERSAHABATAN YANG TERJALIN SEKIAN LAMA ANTARA KAMU BERDUA KEMBALI TERJALIN "


Tuesday, July 17, 2012

BoLaKu : PenJaGa GoL...

OK...
Nak bercerita pasal bOla hari nie..
Pasal PENJAGA GOL..
Mesti dalam kepala kOrang terus pikir pasal


KHAIRUL FAHMI CHE MAT aka APEX kan...
Hahahaha...
Ramai yang tertarik ngan aksi APEX...
Memang la dia bagus...penjaga gOl yang berbakat..
HOpe dia dapat meneruskan kecemerlangan dia...
Tak dapat dinafikan apex mmang PENJAGA GOL TERBAIK wat masa nie...
Teruskan usaha anda KHAIRUL FAHMI CHE MAT.
GOsip tOlak tepi..
OK...

TAPI...

Aq lebih suka FARIZAL MARLIAS lagi...
Yea...FARIZAL MARLIAS...
Hehehehe..
Prestasi dia lebih kurang mcam APEX jer...
Tapi yang beza nyer ketinggian...
Hahahaha...
SOnOk tengOk dia jaga gawang gOl...
Dia pOn hensem...
hahahaha....

SARBINEE ALLAWEE..
Errrrmmmm
Selalu gak dengar nama dia nie...Tapi..
Mcm jarang jer dia men sebagai penjga gOl utama pasukan negara..
Selalunyer jadi keeper simpanan jer...
Ader la gak bebrapa kali aq tengOk dia men..
BOleh la...cumer kene perbaiki lagi skill dia..
Dia masih belOm sehebat APEX la ngan FARIZAL MARLIAS..

IZHAM TARMIZA..
Tak tahu nak cakap aper pasal dia...
Hahahaha...
Aq tulis nama dia sebab dia diantara penjaga gol yang aq kenal..
Tapi x kenal betul2 la..
Kenal nama jer la...
Hehehehe..
Skill dia x leh nak kOmen lg sebab tak pernah tengOk dia men lagi...
Hahahahahah...
Wat masa nie , nie la nama2 pengOl yang aq perhatikan...
Aper2 pOn aq pilih FARIZAL MARLIAS tuk piala AFF SUZUKI nnt...

Cepat pulih Ok...FARIZAL MARLIAS...

Sunday, July 15, 2012

ArtisKu : ToP BiG BanG...

TOP 



Entri sebelOm nie ader post pasal lagu big bang-fantsatic baby kan..
Entri bulan June..Jgn luper tengOk Ok.
Best tak..
Mesti best kan...

Aku pOn suka gak lagu kOrea nie...
Tapi x der la terlalu exited sangat biase2 jer...
KlO ader lagu best mcm BIG BANG tu aq layan...
Aq suka genre muzik macam tu...best...
X slOw...Rancak jer...Klip videO pOn best..
Memang layan la...

Tak nak citer bnayak la sangat kan...
Macam la kOrang tak kenal sapa TOP nie kan..
Hahaha...
Aku nak bagi kOrang tengOk gmbar2 TOP nie...
JOm cuci2 mata jap...


HENSEM..!!

Saturday, July 14, 2012

BoLaKu : KenaLi PeMaiN HariMau MaLaY...





Kenali KELEBIHAN dan ciri-ciri pasukan Datuk K.RajaGobal yang akan bertarung
dengan ARSENAL dan MANCHESTER CITY pada 24 dan 31 JULAI
di Stadium Bukit Jalil

Kelab-kelab gergasi liga perdana seperti MANCHESTER UNITED, CHELSEA dan ARSENAL
sudah lama menganggap BUKIT JALIL sebagai pangkalan mereka di rantau ini dan
HARIMAU MALAYA kini telah dijadualkan untuk bertembung dengan ARSENAL
sekali lagi pada 24 JULAI dan MANCHESTER CITY pada 30 JULAI nanti.

Berikut adalah ringkasan senarai pemain HARIMAU MALAYA yang akan bertarung :

KHAIRUL FAHMI CHE MAT - 7 Januari 1989
- Diiktirafkan sebagai penjaga gol terbaik Asia, Apex pandai mengarah benteng pertahanan.
Ketangkasan dalam menyelamatkan gawang juga terbukti dari
tendangan sudut, tendangan percuma mahupun penalti.

MOHD FARIZAL MARLIAS - 16 Jun 1986
- Penjaga gol ini telah mempertahankan gawang gol negeri Sembilan dengan baik dan
dianggap sebagai pilihan kedua secara automatik.
Kelebihan Farizal adalah menangani hantaran jauh ke dalam kotak.

NORAZLAN RAZALI - 19 Disember 1985
- Penjaga gawang yang berpengalaman ini mampu mengatasi penyerang
jika menghadapinya tetapi harus memperbaiki fOkus jika diberi peluang.

MOHD ASRARUDDIN PUTRA OMAR - 26 Mac 1988
- Pemain pertahanan ini tidak mudah hilang kawalan bOla, minat menyerang dan
mempunyai hantaran jauh yang tepat. Telah berlatih dengan PSV Eindhoven.

SUBRAMANIAM SOORYAPPARAD - 31 Ogos 1985
- Pemain pertahanan yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan
berani menjalankan tanggungjawab mempertahankan gawang sebagai pemain terakhir.
Mampu melancarkan gerakan serangan di bahagian sayap jika mempunyai peluang.

MUHAMMAD MUSLIM AHMAD - 25 April 1989
- Dikenalpasti oleh ARSENER WENGER dan ALEX FERGUSON sebagai pemain yang
mempunyai kekuatan mental yang tinggi, Muslim adalah pemain pertahanan yang amat digeruni
dengan kemampuan asakan serta ketangkasannya.

MOHD FAIZAL MUHAMAD - 3 Mac 1989
- Pemain muda ini telah membuktikan daya persefahaman yang tinggi dan
mampu bermain di mana-mana sahaja di barisan pertahanan.
Faizal juga amat cergas dan mampu menangani ancaman penyerang yang pantas.

MAHALI JASULI - 2 April 1989
- Pemain pertahanan ini terkenal dengan pendekatan lasaknya yang 
mampu mengawal gerakan penyerang lawan dengan baik.
Tanggungjawab sebagai ketua pasukan Harimau Muda juga membuktikan
kemampuan untuk memimpin pasukan.

MOHD FADHLI MOHD SHAS - 21 Januari 1991
- Pemain pertahanan yang berani mengOrbankan diri dengan
menghumbankan badan demi mempertahankan gawang,
Fadhli Shas merupakan antara pemain yang terbesar dalam pasukan dan asakan
Fadhli Shas digeruni pihak lawan.

MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RAZAK - 3 Ogos 1987
- Pemain ini terkenal dengan kepantasannya merampas kawalan bola sambil
melancarkan gerakan serangan dengan hantaran jauh yang tepat.
Adil juga mempunyai rembatan yang tepat dan menyegat.

AMIRIDZWAN TAJ TAJUDIN - 30 mei 1986
- Diberi peluang setelah membuktikan kemampuan di ATM bersama Aidil Zafuan dan
mampu membaca dan mengawal rentak pemainan dengan baik.

MOHD AZMI MUSLIM - 17 Oktober 1986
- Pemain ini bijak merancang gerakan dan daya pemahaman permainan yang tinggi memberi
beliau kelebihan untuk membuat halangan ataupun
memberi hantaran yang mencetuskan serangan.

AMAR ROOHIDAN - 23 April 1987
- Diturunkan Oleh K.RajaGobal keran minat dengan aksi pertahananya yang dikatakan
" MENGEMASKAN PEMAINAN HARIMAU ".

MOHD BUNYAMIN UMAR - 7 Januari 1988
- Pemusnah tengah yang paling mamtap, Bunyamin mampu menyengat gerakan pasukan lawan
dengan asakan yang tepat. Telah berlatih bersama pasukan simpanan CHELSEA.

MOHD SHAKIR SHAARI - 29 september 1986
- Pemain penting untuk pasukan Kelantan, Shakir Shaari telah menyekat gerakan lawan dengan
baik sambil mempertahankan benteng pertahanan.
Rembatan dari jauh Shakir Shaari juga amat menyengat dan mampu memberi peluang
untuk penyerang utama.

MOHD KHYRIL MUHYMEEN ZAMBRI - 9 Mei 1987
- Penyerang yang mempunyai aksi gelecak dan gerakan yang pantas
tetapi kecederaan telah menjejas permainannya, Antara pemain yang dipercayai K.RajGobal.

SAFIQ RAHIM - 5 Julai 1987
- Pemain bintang ini sering memberangsangkan pasukan dengan gol
dari tendangan percuma dan hantaran beliau yang tepat sering mencipta ruang dan
 peluang untuk rakan sepasukan.
Sering membangkitkan permainan dalan saingan sengit.

SHAHURAIN ABU SAMAH - 23 Disember 1986
- Pemain veteran yang dikenali sebagai pakar sentuhan pertama ini
 mampu melancarkan gerakan serangan dalm situasi yang ketat dan
berani membuat percubaan yang tepat dari jauh.

KUNALAN SUBRAMANIAM - 15 September 1986
- Penyerang yang pantas, mahir membuat gelecak dan sanggup
bertungkus-lumus demi kebaikan pasukan hingga wisel penamat.
Antara tOnggak serangan yang paling dipercayai untuk kelab dan negara.

MOHAMAD ASHAARI SAMSUDIN - 7 Jun 1985
- Penyerang yang gemar menggelecek lepas pemain dari bahagian sayap ke dalam kOtak ini
 sering mencari ruang dan tidak segan untuk membuat percubaan walaupun dari jauh.
mahir berganding usaha dalam gerakan satu sentuhan.

YONG KUONG YONG - 18 September 1988
- Penyerang yang cerdik mencari ruang dan mencipta gol ini amat pemurah dan
lebih selesa memberi hantaran tepat untuk memastikan gol dari mengambil peluang sendiri.
Mempunyai semangat persaingan yang tinggi.

BADDROL BAKHTIAR - 1 Februari 1988
- Penyerang yang berasal dari Kedah ini amat bergaya dan sering membuat
percubaan istimewa yang jika tepat mampu memberangsangkan pasukan.
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2010 - Pemain Tengah Terbaik.
Telah berlatih bersama pasukan simpanan CHELSEA.

AHMAD SHAKIR MD ALI - 9 Januari 1989
- Penyerang yang terkenal dengan pendekatan fizikal ini juga mempunyai sentuhan yang baik. Penyertaannya sebagai pemain gantian sering meningkatan rentak pemainan HARIMAU.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA - 8 Jun 1984
- Pemain kesayangan yang dianggap sebagai penyerang terbaik era ini untuk MALAYSIA
sering bekerja keras dan mampu mereka peluang apabila gerakan
Norshahrul menarik perhatian pemain pertahanan lawan.
Mempunyai rembatan yang tepat.

AZAMUDDIN MOHD AKIL - 16 April 1985
- Penyerang handal ini telah membuat kejutan setiap kali disertakan dalam perlawanan dengan
  kepantasan menggelecek, ketangkasan merampas kawalan bOla dan rembatan yang tepat.
Sering disertakan sebagai pemain gantian.

MD ROZAIMI ABD RAHMAN - 6 Oktober 1992
- Penjaring gol terbanyak rantau Asia dengan 10 gol dalam 5 perlawanan Piala AFC,
penyerang muda ini amat tenang di hadapan gol dan yakin dalam kemampuan diri sendiri.
Ini adalah pemainan pertama Rozaimi dengan skuad HARIMAU MALAYA.

MOHD SAFEE MOHD SALI - 28 Januari 1984
- Penyerang handal yang amat berpengalaman yang mampu mengubah cOrak pemainan dengan hanya satu sentuhan, sering menguji benteng pertahanan lawan dan mampu mencipta ruang sendiri sebelum membuat percubaan, Aksi Safee Sali masih mantap..
*...yang penting Safee Sali suka senyum...hahaha...*

sumber diperOlehi dari

Friday, July 13, 2012

HaTiKu : Hari KeLahiRan Aku...

TOday is my birthday...
hehehe...

Tahun nie sambutan birthday lain..
Biasa nyer kek, sambut famili jer...
Biase - biase jer...mcm tahun lepas x sambut langsung..
Setakat wish birthday jer...
Huhuhu....

Tahun nie sebelOm jam 12 nak masuk 13.7.2012...
Secara kebetulan nyer kawan aq nie x tahu sOknya birthday aq...
Pergilah bawak tengOk bunga api..
Dapat la tengOk bunga api...dapat aq rse kan bunga api tu ditujukan khas tuk aq...
Hehehe...
Pastu lepas lepak2 jap...

Aq tengOk langit..nmpk bintang banyak...
Terpegun jap...

Pastu hujan..
SO, dapat tengOk hujan lak...
Hehehehe...

Hari nie 13.7.2012...
Lepak ngan member kat tepi pantai...
Ngah2 lepak nie...secara kebetulan lagi aq dapat tengOk bende yang
Aq x pernah tengOk and bende yang aq tengOk dalam buku jer...
Hahahaha...
Hari ini dapat tengOk KETAM,
Dapat tengOk IKAN SILVER...
Dapat tengOk OBOR - OBOR pulak...
Dapat tengOk IKAN LOMPAT ke atas air...
Dia makan aper ntah...

Tapi yang paling penting...
Birthday aq tahun hari JUMAAT...
Dalam bulan islam pulak 1 MUHARRAM 1412 HIJRIYAH





Thursday, July 12, 2012

BoLaKu : PiaLa SuzuKi AFF cOminG...


Malaysia diundi dalam GrOup B

Perlawanan nanti nampaknya macam menarik jer kan...
hahaha...
Musuh tradisi bertemu kembali...
Singapura dan IndOnesia dianggap musuh tradisi MALAYSIA
dalam sukan bOla sepak...
*...jangan salah paham yerk...*

Di anggap sebagai " KUMPULAN MAUT "

Laluan SKUAD HARIMAU MALAYA
untuk mempertahankan kejuaraan PIALA SUZUKI AFF pada tahun ini
cukup berliku apabila diundi bertemu dua musuh tradisi,
Indonesia dan Singapura dalam saingan
peringkat kumpulan B yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

MALAYSIA akan bertemu mereka pada :
MALAYSIA lwn SINGAPURA
[ 25 November 2012 ]

MALAYSIA lwn INDONESIA
[ 1 December 2012 ]

Jangan lupa pergi stadium suppOrt HARIMAU MALAYA.

SELAMANYA HARIMAU MALAYA..

Wednesday, July 11, 2012

ReNunGaN : RahSia Di SeBaLik SoLaT...



Kepada sumer umat islam anda semua dah menunaikan sOlat sebelOm membaca entri nie...
Kalau belOm sila2 kan la pergi bilik air g amik wuduk..
Pastu g amik sejadah bentangkan..
Pergi amik kain sembahyang sarungkan ditubuh anda..
Dan mulakan la sOlat anda...


Cepat2 sebelOm abis waktunyer..
Hehehehe..
Kalau belOm masuk waktu nyer..
Tungggu sambil tu baca2 la nie dulu yerk...
Heheheheh

RAHSIA DI SEBALIK SOLAT

Niat Sembahyang
-Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat

Berdiri Betul
-Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur

Takbiratul Ikram
-Fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

Al-Fatihah
-Sebagai pakaian indah - indah di dalam kubur

Rukuk
-Sebagai tikar kita di dalam kubur

Iktidal
-Akan memberi minuman air dari telaga Al-kautsar ketika di dalam kubur

Sujud
-Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

Duduk Diantara Dua Sujud ( Awal )
-Akan menaung panji - panji nabi kita didalam kubur

Duduk Diantara Dua Sujud ( Akhir )
-Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

Takhiyat Akhir
-Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan munkar dan nakir di dalam kubur

Selawat ke atas Nabi a.s
-Sebagai pendinding api neraka di dalm kubur

Salam
-Memelihara kita di dalm kubur

Tertib
-Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T

sumber dari FB USTAZ DON DANIYAL


Friday, July 6, 2012

RenUnGaN : KemaTiaN...


Assalamualaikum semua...

Semua ciptaan di dunia ini pasti akan mati..
Dimana kita datang di situ la kita kembali..
Jangan terlalu ghairah dengan dunia
Sampai kita lupa akan satu lagi alam yang kita akan kekal selamanya disana...

Tiga perkara sewaktu hendak mati atau ketika nazak.
- Dimatikan dalam kehinaan
[ rOhnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan ]

- Dimatikan dalam keadaan sangat lapar.
[ bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi 
tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika rOh akan keluar ].

- Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan
 [ walapun dituangkan air kekerOngkOngnya sebanyak manapun]


Tiga Perkara sewaktu dalam kubur
- Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nakir menyiksanya sehingga hari kiamat.

-Didatangkan Allah seekOr ular besar bernama shwaun-ra/suja'ull-akra.
Yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi,
dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar:
" Aku disuruh Oleh ALLAH memukul engkau sebab meninggalkan
sOlat dari SUBUH hingga ZUHUR, kemudian ZUHUR ke ASAR,
dari ASAR ke MAGHRIB dan dari MAGHRIB ke ISYAK sehingga SUBUH.

" Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan
solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi
 beberapa ratus hasta. kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku
besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi sehingga hari kiamat.


Tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
- Datang malaikat menyeksanbya dengan rantai panjang.
Rantai itu diikat ke leher Orang yang meninggalkan sOlat
serta dimasukkan ke mulutnya  dan dikeluarkan melalui duburnya.
Kemudiannya rantai itu ditarik dan disentap.

" Malaikat yang menghelanya berteriak :
 Inilah balasan bagi Orang yang meninggalkan sOlat yang difardukan..
Kemudian Orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama SAQAR.
Orang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan ALLAH.
Ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan,
  ALLAH tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Firman ALLAH bermaksud; " Mereka yang mensia - siakan solat
dan mengikut hawa nafsu kepada kejahatan,
 maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka. :
[ Surah Maryam, Ayat 59 ]

Renung - renungkan la wahai manusia sekalian..
Ajal maut kita athu bila..
sO bersiap sedia la...

Thursday, July 5, 2012

Wednesday, July 4, 2012

BoLaKu : U 22..




Dah lama x tulis pasal bOla..
Ermmm...hari SELESA 3/7/2012 x silap aq la..
Ader perlawanan pasukan U22..
diOrang kalah ngan MYAMMAR.

MAS 1 - 2 MYA

Dengar cerita lak pasukan MYAMMAR nie menurunkan
8 pemain yang melebihi usia 22 tahun..
Betul ker..??
Tak adil la nama nyer kan..
Ishk meyampah plak aq..
Main jer la secara jujur..
Dengar cerita nyer lagi ONG KIM SWEE nak
mengambil tindakan atas perkara nie..
SemOga berjaya ONG KIM SWEE...
Sentiasa lakukan yang terbaik tuk pasukan MALAYSIA 


OK...


TAPI

Ntah la naper macam tak menarik perhatian jer perlawanan nie..
Aq rasa suram..
Maner tak nyer jarang ader live kot..
Live pon kat astro...
Kat umah sewa aq lak tv rosak..aq pOn pkai board band jer...
Memang tak dapat nak tengOk la...

Tapi aq selalu dapat info perlawanan kat page HARIMAUMALAYA kat FB...
Bagus gak page2 nie..
Berguna bila keadaan jadi macam nie..
AstrO x der, tv x der, bOardband slow...
Hahahahaha....

SOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA

Monday, July 2, 2012

HaTiKu : JuLai DaH DaTanG...



SELAMAT DATANG BULAN JULAI...

SemOga bulan nie menjadi bulan yang dipenuhi keberkatan..