Salam semua...
Pernah makan cOklat x..??
Mesti pernah kan...takkan la x pernah..
Nampak sangat menipu tu...
hahahaha.
Hari nie nak bercerita pasal cOklat pulak...
Maner tak nyer..dua tiga hari nie asyik makan ferero rocher jer...
Ader member tlOng belikan kat Langkawi...
Murah..kalau kat cni mahal...hehehehe....
Ok..aper kata kOrang baca nie...
Jangan malas..nie tuk pengetahuan jer...
Tapi kalau dah tahu x per la...Baca la entri len pulak...
Coklat makanan berkhasiat
Coklat merupakan salah satu makanan yang berkhasiat dan turut menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut :-
- Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
- Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
- Karbohidrat kira-kira 50% dripada pengambilan tenaga.
Maka cOklat boleh menyumbangkan :-
- 15 Lemak - 6% Protein - 17% karbohidrat
- 15 tenaga dan ++ Vitamin dan mineral yang diperlukan.
Lemak kOkO dalam cOklat merendahkan paras kOlesterOl
- Lemak kOkO dalam cOklat mengandungi 38.2% ASID OLEIK iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kOlesterOl di dalam darah.
- Sementara ASID STRERIK iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak kOko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterOl.
Bahan Anti-Kerosakan gigi dalam cOklat
- Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa cOklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti TANNIN, KASEIN dan ASID OKSALIK
- TANNIN ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan Oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa - sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
- KASEIN di dalam cOklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
- kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
- ASID OKSALIK merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
COklat mudah cair dalam mulut
- Lemak kOko yang merupakan bahan asas di dalam cOklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membOlehkan ia mudah.
- Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.
Coklat mengurangkan risiko sakit jantung
- COklat dan serbuk kOko mengandungi PHENOL sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.
COklat makanan penuh tenaga
- COklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat.
- Sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain.
- Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.
Perbandingan kOko
- Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi.
- Sekeping cOklat susu mengandungi lebih kandungan prOtein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lObak merah, sebiji Oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.
- Kajian telah membuktikan bahawa coklat mengandungi khasiat makan yang seimbang.