SALAM

SALAM

Total Pageviews

Friday, July 26, 2013

KeSihaTan : PenTingnya Air...

Minum Air masak merupakan salah satu cara untuk awet muda...
Minum 8 gelas sehari...
Malah dapat menyihatkan tumbuh badan juga...

Badan memerlukan air untuk proses kalori. Sekiranya mengalami dehidrasi, kadar metabolisma akan menjadi perlahan.

Seseorang yang minum 8 gelas air suam membakar kalori lebih tinggi daripada seseorang yang minum hanya 4 gelas air suam sahaja sehari.



Kenapa air penting kepada manusia  :
1 - Tubuh akan kehilangan air sehari melalui proses pernafasan dan kumbahan. Bayangkan jika anda cuma minum seliter atau kurang dalam sehari.

2 - Otak manusia mengandungi 90% air

3 - Darah manusia mengandungi 83% air

4 - Otot manusia mengandungi 75% air

5 - Tulang manusia mengandungi 22% air

6 - Air menstabilkan suhu badan

7 - Air mengangkut nutrisi san oksigen ke dalam sel

8 - Aie melembabkan udara dalam paru-paru

9 - Air meningkatkan kadar metabolisma

10 - Air melindungi organ-organ

11 - Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik

12 - Air melindungi dan melembakan rawan

Pada sesiapa yang mencari Produk Kesihatan sila la klip link nie
Facebook : Beutskin SNE Healthcare

Tolong promo jer...

Saturday, July 20, 2013

PerSonaLiti : Ujian PerSonaLiti Diri AnDa

 
      Ujian personaliti diri anda...

      SELAMAT MENCUBA...
      Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini
      dengan spontan taw...
      Analisis nye selepas ini.

      SITUASI :
      Anda berada di dalam hutan
      1 - Nyatakan dengan siapa anda berjalan ?
      ----------------------------------------------
      Sedang anda berjalan tiba - tiba terserempak seekor haiwan
      2 - Nyatakan apakah haiwan itu ?
      ----------------------------------------------
      3 - Tindakan anda terhadap haiwan itu
      ( Biarkan dan pandang je / lari dari haiwan itu /
        dapatkan haiwan itu )

      Anda teruskan perjalanan, tiba - tiba ternampak segugus kunci
      4 - Nyatakan bilangan kunci           ( No 1 sehingga No. 10 )

      Anda teruskan perjalanan, tiba- tiba anda ternampak sebuah
      rumah di tengah hutan.               Pada fikiran anda
      5 - Adakah rumah itu berpagar?
      6 - Pintu rumah itu terbuka atau tertutup ?

      Anda pun masuk ke rumah itu. Pergi ke ruang tamu
      dan ternampak meja.
      7 - Apakah bentuk meja itu ?
       ( Bulat / Oval / Segiempat / Segitiga )

      Atas meja ada pasu
      8 - Berapa banyak air dalam pasu itu ?
       ( Penuh / Stengah / Kosong )

      9 - Pasu itu diperbuat daripada apa ?
       ( Kaca / Seramik / Tanah liat )     ( Logam / Plastik / Kayu )

      Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah, anda melihat
      sebuah air terjun dari jauh.
      10 - Berapakah laju air itu ?         ( 1 : Perlahan - 10 : Paling Laju )

      Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman.
      Tiba - tiba anda ternampak sebuah kotak peti
      11 - Apa ukiran kotak itu ?          ( Kecil / sederhana / besar )

      12 - Kotak itu diperbuat daripada ?
      ( Cupboard / Kertas / Kayu / Logam )

      Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
      13 - Jambatan diperbuat daripada apa ?
       ( Logam / Kayu / Rotan )

      Di seberang jamabatan, ada seekor kuda.
      14 - Apakah warna kuda itu ?       
      ( Putih / Kelabu / Coklat / Hitam )

      15 - Apa yang kuda lakukan ?
      ( Diam dan tenang / Menggigit rumput / Berlari )

      16 - Tiba-tiba tanpa disangka ribut tornado datang, tak jauh 
      daripada kuda.                              Anda mempunyai 3 pilihan
       i - Lari dan bersembunyi di dalam peti?
       ii - Lari dan bersembunyi diri bawah jambatan?
       iii - Lari ke kuda, naik dan terus pergi ?

      BERIKUT ADALAH TAFSIRAN
      1 - Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat
      dan rapat di hati anda.

      2 - Haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yang anda
      hadapi.
      Saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu
      masalah itu besar.

      3 - Tindakan anda kepada haiwan itu merupakan tindakan anda
      kepada masalah yang anda hadapi. Kalau anda lari dari haiwan
      itu bermaksudnya anda memang suka lari dari masalah.

      4 - Kunci
      1         - Kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
      2 - 5   - Anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
      6 - 10 - Anda punya banyak teman baik

      5 - Rumah
      Berpagar : Close-minded
      Tidak berpagar : Open minded

      6 - Pintu
      Terbuka : Senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri
      kepada orang lain
      Tertutup : Tidak suka bercerita dan rela memendam

      7 - Meja
      Bulat / Oval -    Teman yang datang, anda akan menerima dan
      mempercayai mereka sepenuhnya.
      Persegi         - Anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan
      dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi
      sahaja.
      Segitiga        -Kamu benar-benar sangat memilih kawan dan tidak
      ada banyak kawan dalam hidup anda.

      8 - Pasu
      Kosong - Cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
      Setengah penuh - Apa yang anda inginkan dalam hidup anda
      setengah dah tercapai
      Penuh - Hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu.

      9 - Material pasu
      Kaca / tanah liat / seramik -
      Kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
      Logam / plastik / kayu - anda kuat dalam hidup anda.

      10 - Air terjun
            0        - Tidak ada dorongan seksual
            1 - 4  - Ghairah seks rendah
            5       - Ghairah seks sederhana
            6 - 9  - Ghairah seks tinggi
            10     - Ghairah seks sangat tinggi

      11 - Saiz kotak
      Kecil - ego rendah
      Sederhana - ego sederhana
      Besar - ego tinggi

      12 - Material peti
      Cupboard / Kertas / Kayu (non-bersinar) - rendah hati,
      keperibadian
      Logam - Bangga diri

      13 - Material jambatan
      Jambatan logam - Punya ikatan yang sangat kuat dengan
      teman-teman anda
      Jambatan kayu - Hubungan sederhana dengan rakkan-rakan anda
      Rotan - Anda tidak berada dalam hubungan baik dengan
      teman-teman anda.

      14 - Warna kuda
      Putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
      Kelabu / Coklat - pasangan anda sederhana di hati.
      Hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati
      dan tampaknya menjadi petanda buruk.

      15 - Tindakan kuda
       Diam dan tenang / menggigit rumput -
       Pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
       Berlari-lari - Pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal.

      16 - Ini yang terakhir tapi bahagian yang paling penting
      dari ujian ini.
      Dari bagaimana saya menamatkan cerita...Pendekatan tornado...

      Apa yang akan kamu lakukan ? Hanya ada 3 pilihan:
       i   - Lari dan bersembunyi di dalam peti ?
       ii  - Lari dan bersembunyi di bawah jambatan ?
       iii - Lari ke kuda, naik dan pergi ?

      Apa yang akan anda pilih ?
      Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
      Tornado - masalah dalam hidup anda
      Peti - anda
      Jambatan - kawan-kwan anda
      Kuda - pasangan

      i - Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri
           sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
      ii - Atau jika anda memilih jambantan, anda akan pergi ke
           kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
      iii - atau yang terkahir jika kamu memilih kuda, anda mencari
           pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

      Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda?
      Fikir - fikirankan lah.

Tuesday, July 16, 2013

PerSonaLiti : Kuku Di Jari...

                 
                   Bagaimana bentuk kuku kamu semua...
                 Jom baca nie...

1 - KUKU YANG BAIK, RAPI DAN INDAH
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya.

2 - BENTUK KUKU PENDEK TETAPI LEBAR
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, Otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3 - BENTUK KUKU YANG AGAK PANJANG DAN BERWARNA PUCAT
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4 - BENTUK KUKU SEDANG DAN WARNA MERAH SEDIKIT
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5 - BENTUK KUKU BERSEGI TETAPI RATA
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6 - BENTUK KUKU LANGSING
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

7 - BENTUK KUKU PANJANG BULAT BERWARNA KUNING
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai, tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8 - BENTUK KUKU RUNCING KEBAWAH ATAU SEPERTI BIJI TIMUN
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, kurang pandai, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9 - BENTUK KUKU RUNCING TETAPI BESAR DAN TEBAL
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan dan suka bertukar pasangan hidup.

10 - BENTUK KUKU BERSEGI BAHAGIAN BAWAH SEDIKIT RUNCING.
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak kewibawaan, kurang pandai dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11 - BENTUK KUKU BESAR DAN BANYAK GARISAN
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12 - BENTUK KUKU YANG BANYAK SERATNYA ( SERABUT )
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga

13 - BENTUK KUKU SEPERTI KIKIR
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperoleji halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14 - KUKU YANG BANYAK TITIK - TITIKNYA DIBAHAGIAN BAWAH KELIHATAN HITAM
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya

        Ada lagi...Sila teruskan pembacaan anda.
        Kita lanjutkan dengan bentuk kuku dan kepribadian seseorang  pulak yerk..
        pribadi bentuk Bentuk Kuku dan Kepribadian
BENTUK ALMOND
Wanita yang memiliki bentuk kuku seperti ini pada umumnya merupakan wanita yang kepribadiannya lembut, peka dan sopan.

BENTUK OVAL
Merupakan wanita yang sangat menyukai hal - hal romantis. Wanita ini juga memiliki kepribadian yang lembut, mudah khawatir, feminim, suka merajuk dan seringkali menjadi pusat perhatian di beberapa kesempatan.

BENTUK KERANG
Mudah cemas dan penuh ketegangan.

BENTUK PERSEGI
Memiliki kepribadian yang sabar, penuh akal, dewasa, memiliki kepercayaan diri dan selera yang baik.

BENTUK RUNCING
Memiliki keperibadian yang egois dan pemberani. Menyukai hal-hal baru.

Sunday, July 14, 2013

HaTiKu : ExciteD...

         
              Berita gembira tuk dikongsikan...
         
              Excited menunggu kelahiran anak buah aq yang pertama dari
              SAHABAT aku nie..
              Aku berkawan ngan dia nie dari sekolah rendah sehingga
              sekarang taw...
              Dan..
              Inilah kali pertama dia mengandung
              Mean, anak pertama dia la
              Dan dan dan...
              Ader lagi perkara yang tak sabar aku nantikan...
              Iaitu hari PERNIKAHAN dan PERSANDINGAN
              member baik aku di poli dlu...

Saturday, July 13, 2013

HaTiKu : Genap 22 Tahun...



Hari nie genap 22 tahun...
Wish untuk diri sendiri...


Friday, July 12, 2013

LaGuKu : JusT GivE Me A ReasoN...

       JUST GIVE ME A REASON

   
       Right from the start
       You were a thief
       You stole my heart
       And I your willing victim
       I let you see the parts of me
       That weren't all that pretty
       And with every touch you fixed them

       Now you've been talking in your sleep, oh, oh
       Things you never say to me, oh, oh
       Tell me that you've had enough
       Of our love, our love

       Just give me a reason
       Just a little bit's enough
       Just a second we're not broken just bent
       And we can learn to love again
       It's in the stars
       It's been written in the scars on our hearts
       We're not broken just bent
       And we can learn to love again

       I'm sorry I don't understand
       Where all of this is coming from
       I thought that we were fine
       (Oh, we had everything)
       Your head is running wild again
       My dear we still have everything
       And it's all in you mind
       (Yeah. but this is happening)

       You've been havin' real bad dreams, oh, oh
       You used to lie so close to me, oh, oh
       There's nothing more than empty sheets
       Between our love, our love
       Oh, our love, our love

       Just give me a reason
       Just s little bit's enough
       Just a second we're not broken just bent
       And we can learn to love again

       I never stopped
       You're written in the scars on my heart
       You're not broken just bent
       And we can learn to love again
       Oh, tear ducts and rust
       I'll  fix it for us
       We're collecting dust
       But Our love's enough
       You're holding it in
       You're pouring a drink
       No nothing is as bad as it seems
       We'll come clean

      Just give me a reason
      Just s little bit's enough
      Just a second we're not broken just bent
      And we can learn to love again
      It's in the stars
      It's been written in the scars on our hearts
      We're not broken just bent
      And we can learn to love again

     Just give me a reason
     Just s little bit's enough
     Just a second we're not broken just bent
     And we can learn to love again
     It's in the stars
     It's been written in the scars on our hearts
     We're not broken just bent
     And we can learn to love again

     Oh we can learn to love again
     Oh we can learn to love again
     Oh, oh, that we're not broken just bent
     And we can learn to love again

Thursday, July 11, 2013

HaTiKu : PenyakiT...


         Nak cerita pasal pengalaman aq terkena kayap ular..

         Tak silap aku masa aku kene kayap ular nie umor aq
         4 / 5 tahun mcm tu la...
         Bau kayap ular tu sampai sekarang lgi aku igt mcm maner
         bau dia...
         Kayap nie aku kena dekat bahagian pinggang ,
         melilit sekeliling badan...
         Bercamtun atau tak aku tak tahu....
         Yang tu aq dah lupa...

        Penyakit kayap nie x abis kat situ jer...
        Masa drajah 4 aq kena lgi sekali...
        Walaupon penyakit nie dah sembuh diluar tapi dia masaih
        ader lg di dalam...

        Masa tu aku ader tanda2 seperti...
        Pening yg teramat sangat...
        Makan aper pon muntah...minumpon muntah...
        Makan panadol pon keluar balik...
        Mcm mana rupanya masa aq telan macam tu la makan/
        minum tu keluar balik....
        Tak boleh nak masuk aper pon....

        Last2 emak aku try ubat secara tradisional...
        Masa tu arwah tok aku ade lg....

        Ubat pakai beras yang ditumbuk hancur tapi kering la
        Arwah tok aku nie pakar perubatan secara islam...

        First soalan arwah tok aq tanya
        "pernah kena kayap ular tak.???"

        Sbb kayap ular tu datang balik, tapi didalam perut...
        Lebih kurang 3 minggu aq nak pulih sepenuhnya...
     
        Alhamdulillah
        Sekarang sihat....
        Tu last aq kena...tak tahu akan datang kena tak lagi....

Wednesday, July 10, 2013

KeSihaTan : Kayap...

    Sebelum nie aku ader post entri pasal ULAR kan...
http://akusangmatahari.blogspot.com/2013/07/hatiku-ular-ada-berdekatan.html

    So ari nie aku nak post entri tentang KAYAP ULAR pulak...

    Pernah dengar tak..???
    Mesti pernah kan...ntah2 ader yang pernah terkena kayap
    ular nie kOt...
    *...Tapi yang aku kena kehitaman+kudis, mcm luka yang 
    nak sembuh kulit warna hitam macam tu...pastu berbiji-biji...*

    Aku pernah kena kayap ular nie...
    Sebanyak dua kali....
    Jom membaca, menambah sedikit pengetahuan tentang nie...
    Tak bnyak yang dapat aku berikan
    Untuk pengetahuan sahaja...

    SELAMAT MEMBACA...

    Mengikut laporan kesihatan, KAYAP atau SHINGLES disebabkan
    oleh jangkitan sejenis virus yang dikenali sebagai
    VARICELLA-ZOSTER VIRUS atau VSZ

    Virus ini adalah yang sama menyebabkan chickenpox sewaktu kita
    masih kecil.

    Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya
    membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masalah
    seperti stress/tekananbadan rasa lemah-lemah, kecederaan 
    pada kulit dan juga akibat masalah penyakit kanser.

    Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit kayap itu akan
    menjadi kemerah-merahan yang terlalu gatal, menjadi ruam panas,
    ada yang bernanahada menjadi biji berbuih, menjadi kudis,
    dan mula menjalar.

    KAWASAN JANGKITAN :
    Mana2 bahagian tubuh kita samaada bahagian badan, mata,
    ketiak mahupun bahagian hidung

   SIMTOM-SIMTOM DIJANGKIT KAYAP :
   -Berasa nak demam
   -Tekak rasa loya
   -Pening berpanjangan
   -Badan dijangkiti ruam panas
   -Badan rasa sengal
   -Hilang selera makan
   -Pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian
     tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
   -Pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
   -Kulit juga akan rasa gatal-gatal
   -Kulit rasa geli-geli
   -Kulit terasa panas seperti terbakar
   -Timbul ruam-ruam panas

    KAYAP ULAR
    Sekiranyan ular tedung menggerunkan manusia, penyakit 
    KAYAP ULAR juga ditakuti.
    Kayap ular adalah gelaran orang melayu untuk sejenis penyakit
    kulit. Peliknya, tompok-tompok merah ini melingkar sekeliling
    badan sehingga menampakkan bentuk seperti ular yang membelit
    badan.
    Menurut kepercayaan orang Melayu, sekiranya 'belitan' itu
    bercantum, ia boleh membawa maut kepada pesakit.

    Tetapi sebenarnya kayap ular TIDAK MEMBUNUH apabila
    lingkaran itu cantum.
    Penyakit ini hanya akan merosakkan urat saraf  'rasa' seseorang
    seperti juga disebabkan oleh penyakit batuk kering darah dan
    leukemia.

    Menurut perubatan melayu, kayap ular boleh dirawat dengan cara
    menyembur kunyahan sireh tiga kali pada kulit berkayap itu.

    *...Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke arah 
      mangsa sehingga 2.5 meter jauhnya.

Tuesday, July 9, 2013

HaTiKu : RamadhaN TiBa Lagi...


Ramadhan kembali tiba...
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA 
KEPADA 
SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA INI...

Niat puasa 

Monday, July 8, 2013

HaTiKu : Ular Ada BerdekataN...



    Ular tedung..
    Mesti ramai yang tahu ular tedung nie berbahayakan...
    Dengar pon dah seram...
    Apatah lagi klO dia ader berdekatan dengan kita...
    Bertambah2 seram la jawapnya...
     Aq tak tahu la ular tedung selar ker ular tedung hitam
     Ker ular tedung senduk
     Yang penting sekarang nie ader dalm kawasan halaman umah aq....
     Berharap la x der aper2 yang berlaku...

     Dah tabur belerang + garam disekeliling umah...
     Lubang2 bilik air pon dah tutup...
     Cuma lubang2 tingkap jer x tutup...
    Hope si ular tedung nie x merayap masuk tingkap...

Saturday, July 6, 2013

HaTiKu : SalaM DihuLur...


                                  Wah..
                          Kembali menaip...
        Setelah beberapa bulan tak menaip di blog nie...
                    Banyak kisah yang berlaku...