SALAM

SALAM

Total Pageviews

Sunday, April 7, 2013

MoTivaSi : PerkaRa YanG PerLu DiJaga OLeh WaniTa...

ASSALAMUALAIKUM....

Selamat membaca..

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA.

  1. BULU KENING - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur dan menipiaskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. ].
  2. KAKI dan SEMACAM HANTU LOCENG - " Dan janganlah mereka (PEREMPUAN) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
    [ Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31 ]
    KETERANGAN : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti PELACUR dizaman Jahiliyah.
  3. WANGIAN - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
    [ Petkan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. ]
  4. DADA - Hendaklah mereka (PEREMPUAN) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada - dada mereka.
    [ Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31 ].
  5. GIGI - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani ].

    Dilakanat perempuan yang menjarangkan gigimya supaya menjadi cantik, yang merubah   ciptaan ALLAH s.w.t.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ].
  6. MUKA DAN LEHER - Dan tinggallah kamu (PEREMPUAN) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.

    KETERANGAN : Brsolek (make-up) dan menurut MAqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
  7. PAKAIAN YANG NIPIS ( JARANG ) - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang nipis.

    Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari ].
  8. TANGAN - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi ].
  9. MATA - Dan katakanlah kepada perempuan meukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
    [ Petikan dari Surah An Nur Ayat 31 ].
    Sabda Nabi Muhamad SAW :  Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya HARAM.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi. ]
  10. MULUT ( Suara ) - Janganlah perempuan - perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan - perkataan yang baik.
    [ Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32 ].

    Sabda SAW : Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi - bunyian (MUZIK) dan penyanyi perempuan, maka ALLAH akan tenggelamkann mereka itu dalam bumi.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah ].
  11. KEMALUAN - Dan katakanlah kepada perempuan - perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
    [ petikan dari Surah An Nur Ayat 31. ]
    Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, Puasa di bulan Ramadan, Menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu - pintu yang ia hendakinya.
    [Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar ].

    Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya ALLAH.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu dan Ibn Majah ].
  12. PAKAIAN - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih - lebihan terutama yang menjolok mata, maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah ].

    Petikan dari Surah Al Ahzad Ayat 59
    Bermaksud : Hai nabi - nabi katakanlah kepada isteri - isterimu, anak perempuanmu dan isteri - isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( Baju Labuh dan Longgar ) yang demikian itu supaa mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli nereka ilah perempuan - prempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong maksiat dan menarik orang lain unruk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ].

    Keterangan : Wanita yang berpakain tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian - bahagian tertentu.
  13. RAMBUT - Wahai anakku Fatimah ! dapun perempuan - prempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalma Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya hingga lelaki yang bukan mahramnya.
    [ Petikan dai Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]

    Riwayat Imran bin Hushain ra : Bahwa Rasulullah saw. Bersabda : Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita
    [ Shahih Muslim No. 40921 ]

No comments:

Post a Comment