SALAM

SALAM

Total Pageviews

Sunday, April 7, 2013

MoTivaSi : PerkaRa YanG PerLu DiJaga OLeh WaniTa...

ASSALAMUALAIKUM....

Selamat membaca..

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA.

  1. BULU KENING - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur dan menipiaskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. ].
  2. KAKI dan SEMACAM HANTU LOCENG - " Dan janganlah mereka (PEREMPUAN) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
    [ Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31 ]
    KETERANGAN : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti PELACUR dizaman Jahiliyah.
  3. WANGIAN - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
    [ Petkan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. ]
  4. DADA - Hendaklah mereka (PEREMPUAN) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada - dada mereka.
    [ Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31 ].
  5. GIGI - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani ].

    Dilakanat perempuan yang menjarangkan gigimya supaya menjadi cantik, yang merubah   ciptaan ALLAH s.w.t.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ].
  6. MUKA DAN LEHER - Dan tinggallah kamu (PEREMPUAN) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.

    KETERANGAN : Brsolek (make-up) dan menurut MAqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
  7. PAKAIAN YANG NIPIS ( JARANG ) - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang nipis.

    Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari ].
  8. TANGAN - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi ].
  9. MATA - Dan katakanlah kepada perempuan meukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
    [ Petikan dari Surah An Nur Ayat 31 ].
    Sabda Nabi Muhamad SAW :  Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya HARAM.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi. ]
  10. MULUT ( Suara ) - Janganlah perempuan - perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan - perkataan yang baik.
    [ Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32 ].

    Sabda SAW : Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi - bunyian (MUZIK) dan penyanyi perempuan, maka ALLAH akan tenggelamkann mereka itu dalam bumi.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah ].
  11. KEMALUAN - Dan katakanlah kepada perempuan - perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
    [ petikan dari Surah An Nur Ayat 31. ]
    Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, Puasa di bulan Ramadan, Menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu - pintu yang ia hendakinya.
    [Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar ].

    Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya ALLAH.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu dan Ibn Majah ].
  12. PAKAIAN - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih - lebihan terutama yang menjolok mata, maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah ].

    Petikan dari Surah Al Ahzad Ayat 59
    Bermaksud : Hai nabi - nabi katakanlah kepada isteri - isterimu, anak perempuanmu dan isteri - isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( Baju Labuh dan Longgar ) yang demikian itu supaa mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli nereka ilah perempuan - prempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong maksiat dan menarik orang lain unruk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
    [ Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ].

    Keterangan : Wanita yang berpakain tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian - bahagian tertentu.
  13. RAMBUT - Wahai anakku Fatimah ! dapun perempuan - prempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalma Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya hingga lelaki yang bukan mahramnya.
    [ Petikan dai Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]

    Riwayat Imran bin Hushain ra : Bahwa Rasulullah saw. Bersabda : Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita
    [ Shahih Muslim No. 40921 ]

Wednesday, April 3, 2013

BoLaKu : MahaLi JasuLi...


Tengok bola tak..??
Mesti ader walaupon sekali dua...
Sekarang nie tengah hangat orang bercerita pasal kebolehan..
MAHALI JASULI...
Kenal tak MAHALI JASULI..??
Menipu la klo x kenal...
Pemain yang berkebolehan melakukan Overlapping yang cantik....
ASRA pon...

Aq dapat maklumat nie dari sebuah blog...
Berkongsi maklumat dengan semua...
Maaflah x dapat nak nyatakan blog aper...



MAHALI JASULI
  • Di lahirkan di Selayang, Selangor, Malaysia
  • Pada 2 April 1989
  • Beberapa hari yang lepas genap umur MAHALI 24 tahun
  • Tinggi : 1.71 M


  • Merupakan seorang pemain bOla sepak MALAYSIA
    yang berketurunan INDONESIA
  • Posisi MAHALI selalu berada didalam Pasukan HARIMAU MALAYA
    ialah BEK KANAN


*Aku kasi yang jer yerk....Sbb nie jer yang penting...

Tuesday, April 2, 2013

HaTiKu : MuncuL DalaM MimPi...


ASSALAMUALAIKUM...

Semalam tiba2 jer termimpikan A.Q...
A.Q dengan keretanya dtg jumpa aq...
hahahaha...
Kelakarkan...
Maner mungkin mimpi menjadi nyata...

Tapi aq rindu gler kat A.Q...
Hampir 5 Bulan x bertemu...


Walaupon bukan menjadi milik aq...
Tak salahkan menjadi rasa suka pada seseorang kan...
Bukan perkara biase ker...
Mempunyai perasaan suka pada seseorang...
Berharap sangat2 dapat bersua muka dengan A.Q..
Walaupun jauh...

Monday, April 1, 2013

KeSihATan : PetuA RawataN SakiT KepaLa...


SELAMAT MEMBACA SEMUA....


Petua Rawatan Isalam Untuk Sakit kepala

1.  Baca Surah Al-Fatihah [ 1 kali ]
2.  Baca Ayatul Kursi [ 3 kali ]
3.  Baca Surah Al-Ikhlas [ 3 kali ]
4.  Baca Surah Al-Falaq [ 1 kali ]
5.  Baca Surah An-Nas [ 1 kali ]
6.  Baca Surah Yassin Ayat Ke-58 [ 3 kali ]
7.  Baca Selawat atas Nabi s.a.w [ 3 kali ]

TAKE NOTE
Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala,
terutamanya pada bahagian yang sakit


Jom sama2 kita semua try, maner tahu berhasil ker kan..