Safee Sali...
Mcm menyebut nama seOrg legend jer...
Hahahaha...
Gah kan bunyi nyer...
Terbaik la SAFEE SALI...
KlO aq SAFEE SALI nie kira legend bOla sepak Negara juga taw...
Mcm2 kita dengar pasal penyambungan kOntrak baru SAFEE SALI nie kan...
Mcm2 citer la kuar....
Yang tahu kebenaran yang sebenarnya dah tentu la
SAFEE SALI ngan PENGURUS nya kan...
SO x yah la nak ckap yang x pasti N yg bukan2 yerk...
Ok ader " karangan " ckit tu pembaca sumer yerk...
"Jika suatu hari nanti saya sekadar sebagai ' SPERSUB ' ataupun penyerang simpanan skuad kebangsaan bagi mana-mana kejohanan, saya reda dengan nasib saya. "
" Namun, kata-kata negatif mengatakan saya tidak sudi menyarung jersi HARIMAU MALAYA semata-mata kerana ditawarkan kontrak lumayan oleh PELITA JAYA jelas tidak benar sama sekali kerana saya masih berbangga dapat mewakili pasukan kebangsaan. "
Demikian tegas penyerang no.1 negara, MOHD SAFEE SALI yang menafikan tohmahan negatif segelintir pihak kononnya beliau bersikap ' DIVA ' dan tidak lagi teruja dipanggil menjalani latihan bersama SKUAD KEBANGSAAN selepas menyambung kontrak selama dua musim yang bernilai RM2 JUTA bersama PELITA JAYA awal tahun ini.
Menurut SAFEE, 28, sebagai pemain bola sepak, dia sentiasa sedar ' pasang surut ' pemain yang hanya akan dipanggil mewakili negara jika berada di prestasi yang memberangsangkan selain bebas daripada kecederaan.
Jelas SAFEE, jika ada rakan-rakan sepasukan yang lebih cemerlang, dia reda dengan situasi tersebut dan sentiasa akur dengan arahan jurulatih, DATUK K.RAJAGOBAL.
" Wang tidak akan ' membutakan ' mata saya, saya masih teruja menyarung jersi negara meskipun ia sekadar perlawanan persahabtan. "
" Keputusan saya kekal ( bersama PELITA JAYA ) juga bukan disebabkan wang, sebaliknya kerana terharu dengan jasa mereka yang bersungguh-sungguh membantu mengembangkan lagi karier bola sepak saya sebelum ini, "
Tegasnya kepada KOSMO! semalam.
SAFEE yang baru sahaja tiba di tanah air pukul 11 pagi semalam, turum menjalani latihan bersama 16 lagi rakan sepasukan sebagai persiapan menentang SABAH dan FILIPINA dalam dua aksi persahabatan pada Jumaat dan 29 Feb 2012 ini.
Empat lagi pelatih iaitu NORSHAHRUL IDLAN TALAHA , MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD. RAZAK , MOHD. FAIZAL MUHAMAD dan S. SUBRAMANIAM begitupun masih tidak dapat menyertai latihan gara-gara kecederaan, manakala TUJUH pemain SKUAD OLIMPIK hanya akan menyertai latihan esok selepas aksi menentang JEPUN bagai kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
K.RAJAGOBAL sebelum ini dilaporkan memandang serius aksi kesemua pemainnya termasuk SAFEE dalam kedua-dua pertemuan tersebut sebagai persiapan awal mempertahankan PIALA AFF SUZUKI tahun ini.
" Walaupun sekadar perlawanan persahabtan keinginan untuk menang perlu ada dalam setiap diri pemain dan perlu bersikap profesional, " tegas RAJGOBAL kepada pemberita kelmarin.
Dalam pada itu, pengurus peribadi, ZAKARIA AB. RAHIM menerusi emelnya kepada KOSMO! semalam memberitahu, masa depan SAFEE bersama PELITA JAYA dilihat semakin cerah selepas Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Indonesia ( PSSI ). Djohar Arifin Husin mengesahkan bahawa LIGA SUPER INDONESIA ( ISL ) adalah sebuah liga yang SAH selepas campur tangan Menteri pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr. Ardi Malaranggeng baru-baru ini.
" Penglibatan SAFEE bersama SKUAD KEBANGSAAN kali ini juga tidak menjejaskan aksi pasukannya, PELITA JAYA dalam ISL kerana jadual perlawanan telah pun dipinda bagi memberi laluan kepada aksi perlawanan antarabangsa. "
" Ketika ini, SAFEE berjaya meledak 7 GOL bersama PELITA JAYA yang menduduki tangga ke-12 saingan ISL dengan 14 mata, 13 mata di belakang pendahulu liga Sriwijaya FC yang begitu pun beraksi lebih empat perlawanan. " jelasnya.
No comments:
Post a Comment