SALAM

SALAM

Total Pageviews

Wednesday, December 21, 2011

KeSihATan : MuLuT AnDA...

Mulut berbau...

Rse nyer sumer Org pOn ada mengalami kes mcm nie kan...
Biase la tu....
Artikel aq jmper dlm satu blOg nie sO aq nak kOngsi la ngan kOrng sumer...
Erm....aq dah mtak izin kat tuan punya blOg tu yerk....bkan pkai ciplak jer....
Huuhuhuhu....

Ok...selamat membaca sumer...

Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk 
mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkOmunikasi dengan Orang lain. 
Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran 
penyakit lain mungkin akan anda hadapi. 
Cara untuk menghilangkan masakah nafas berbau adalah dengan :


BERSIHKAN LIDAH

- Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu 
menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.

Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, 
adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. 
Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta - juta filamen 
yang bOleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, 
jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.


MENGUNYAH GULA - GULA GETAH

-Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. 
Gula - gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang 
penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun 
dari tidur,ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseOrang berbaring atau tidur


MENGHISAP KULIT KAYU MANIS

-Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk 
menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga
mampu mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. 
SeOrang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat 
mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% 
berbanding Orang yang tidak menghisapnya.


PASTIKAN MULUT SENTIASA LEMBAP

- Minum lebih banyak air juga membantu untuk menghilangkan bakteria 
' jahat 'yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, 
kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, 
ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana 
teh mengandungi POLEYPEHNOLS iaitu sejenis ' bahan kimia  tumbuhan yang 
dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.


PEMAKANAN

-Kesan sampingan seseOrang yang mengurangkan pengambilan 
karbOhidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. 
Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca 
masalah nafas berbau seperti bawang putih, kOpi dan sebagainya.


UBAT KUMUR

-Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang 
menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk 
mengamalkan ubat kumur ini sekurang - kurangnya sekali sehari.


MASALAH PERUBATAN
-Hasil daripada kajian 90% masalah nafas adalah berpunca daripada 
kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti 
dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelak pengambilan 
rOkOk dan alkOhOl yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.


Selamat mencuba yerk...

No comments:

Post a Comment