SALAM

SALAM

Total Pageviews

Friday, November 25, 2011

BoLaKu : LuaHan HaTi pEnyEranG HaRimaU mUda

Artikel nie aq jmper kat paper kOsmOs hari nie
[ 25 NOvember 2011 ]

Kepda peminat bOla yg x reti nak hargai jasa pemain tu...
TlOng la sedar diri ckit......

KlO kOrg rse hebat sngt aper kata kOrg g sesi pemilihan
pemain tuk skuad bOla sepak negara..g men tuk negara....

KOrg men bola kat tamn2 jer.....bukan wakil negeri pOn tuk piala2 besar....
SO x yah nak la kutuk & krtitik pemain ngan kata2 pedas kOrg tuk....
Baik kOrg simpan jer , keluarkan bila kOrg dah setanding ngan pemain kebangsaan....
DiOrg terpilih berdasarkan kebOlehan bukannya melalui undian pOn......

Dulu masa skuad bOla sepak kita gagal ke Piala Dunia...
Masa tu Malaysia hantar skuad HARIMAU MALAYA iaitu skuad kebangsaan kita...
Korg kutuk cOach dia...kOrg maki cOach dia....
Itu la...Inilah....

Korg ckap mcm kOrg la yg palig hebat kat padang tu....
kOrg x igt saper yg jd cOach masa Malaysia menang piala SUZUKI AFF dlu..
Igt x...????
KOrg cuber tahu Malaysia kena menang.....
X menang kena maki...kena kutuk yerk....

Skarang nie plak kOrg slahkan pemain....Sbb x dpt menjaringkan gOl...Sbb x amik peluang yg ader....

Heyyy...

DiOrg dah cuber yg terbaik...diOrg pOn x nak bOla tu x gOl....
Org yg lakukan sepakan tu kOmpem la nak bOla tu masuk ker dlm gol lwn...
KlO x, x kan dia nak sepak/tendang bOla tu kan.....
Aper la kOrg nie...ceteknya pemikiran kOrg.....

KOrg nie sama jer ngan penyokOng di negara seberang sana tu...
*...maap x mentiOn nama dia....rasenyer sumer tahu an...*

Aper yg aq tulis kat atas td tu...
Ditujukan pada sesetengah penyOkOng HARIMAU kita yg x reti nak berterima kasih..
DAN
X tahu nak hargai jasa pemain.....

Dan nie tuk kOrg......
Aper kata kOrg baca nie sampai habis...


SAYA JUGA ADA PERASAAN - FAKRI SAARANI


“SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa ”.
“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan
menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika 
menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang 
ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia 
Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang
kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam 
pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang 
mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri
yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali
gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa
pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal
ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah
slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya
merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara
selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa
Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol,
cuma saya kurang bernasib baik”.

“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya
masih mampu bersabar,” katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya
diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti,
sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham
dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka
berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,”
katanya yang memohon dimengertikan.


KUATKAN SEMANGAT BRO

No comments:

Post a Comment