SALAM

SALAM

Total Pageviews

Friday, April 18, 2014

Wednesday, April 9, 2014

PerSonaLiti : BuaH KeGemaran...

    Ketahui maksud disebalik buah kesukaan kamu semua...

    Menyedia info untuk pengetahuan sahaja...
    Rahsia buah kegemaran mengikut kajian Dr. Barnet
    Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Barnet,
    beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara
    manusia dan alam semulajadi.
   
    Menurutnya lagi, kita mampu menilai personaliti seseorang
    menerusi buah kegemaran masing-masing.
 
    Kaedah ini juga dikenali sebagai
    "SCIENCE OF FRUCTOLOGY"
    Terdapat 7 kategori buah-buahan yang mempengaruhi
    kehidupan manusia.

    JENIS LIMAU
    Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau bali.
    Cenderung kepada warna - warna cerah dan gemarkan sesuatu
    yang mencabar.      Rakan2 kamu pula gemar merujuk perkara
    mahupun masalah kepada kamu.        Ini kerana kamu sendiri
    mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga
    rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu.
 
    Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang
    sebenarnya.          Mungkin mereka boleh mengenali kamu
    dengan lebih rapat, namun ianya memakan masa yang agak lama.

    Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yang singkat
    untuk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendrian hanya
    untuk tempoh seketika.      Rakan kamu akan berasa senang

    dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu.
    Tergolong antara individu yang gemar bergembira dan
    menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin
    melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.


    BUAH-BUAHAN TROPIKA
    Contohnya seperti pisang, betik, jambu, kiwi dan nenas.
    Sukakan pengalaman-pengalaman yang baru.

    Gemar mencuba pelbagai jenis buah-buhan dengan pelbagai
    perisa sebanyak dan kerap yang boleh.
    Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan
    kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif.

    Tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi
    kamu.         Kebiasaaanya pasangan kamu terdiri dari individu
    yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima
    kamu seadanya.      Gemar meluangkan masa dengan individu
    yang sememangnya akrab dgn kamu.

    Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah di dekati
    dan gemar berseronok.

    Hakikatnyaa kamu ada pendirian yang tersendiri.
    Tidak menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling.
    Melambangkan kamu seseorang yang suka mengambil berat
    dan gemar berseronok.


    JENIS BUAH - BUAHAN LADANG
    Contohnya seperti Epal dan Pear.
    Kata kunci disini ialah kekuatan.
    Bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga menjadi
    tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu.

    Bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu
    sendiri tidak mudah mengalah.            Sikap pentingkan diri
    sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.

    Lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.
    Tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup.
    Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang
    berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.

    Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu
    yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan
    yang kamu miliki itu.           Kejayaan pasti menyebelahi kamu
    dalam setiap perkara yang kamu lakukan.


    JENIS TEMBIKAI
    Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
    Seseorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan
    bagi yang memerlukan.

    Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya
    membantu orang lain.
    Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin
    di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.

    Memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki
    keperibadian yang romantik.               Kamu berusaha gigih
    bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

    Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang
    berhati - hati.


    BUAH - BUAHAN JENIS CERI
    Contohnya seperti blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, 
    cranberi, anggur dan tomato.                            
    Gemarkan party dan keseronokkan.
    Suka menggembirakan orang lain.                
    Bercitarasa unik.
    Mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang
    peramah.
    Berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa
    sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang amat pelik.

    Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah
    terdiri daripada makanan - makanan yang berperisa lain dari
    yang lain.

    Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian
    personaliti dalam diri kamu sendiri.

    Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti kamu itu saling
    berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik
    dan memiliki keistimewaan yang tersendiri.
    Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.


    JENIS KEKACANG
    Contohnya seperti walnut, hazel, gajus dan lain - lain.
    Kamu ini "moody" lah..!!!
    Kadangkala mood kamu berubah-ubah tanpa sebarang sebab.
    Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.

    Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar,
    kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.
    Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap
    lebih berhati - hati kerana kedegilan kamu itu.

    Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia.
    Kamu sanggup mengenepikan teman - teman kamu hanya
    kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.

    Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan
    waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu
    dan lebih dekat.

    Walaubagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu
    itu pasti akan berhasil juga akhirnya.
    Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang
    berpendirian.


    BUAH - BUAHAN JENIS LABU
    Contohnya kundur
    Kamu berpandangan jauh.
    Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di
    dunia dan segala - segalanya melebihi dari apa yang mampu
    manusia lihat.
    Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga.

    Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan
    yang kamu miliki.
    Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan
    akan menjadi satu kejutan terhadap teman - teman sekeliling kamu.
    Teman - teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap
    ambil berat kamu itu pasti di hargai.

    Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu,
    tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah
    kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran - cabaran
    mendatang.
 
    Kamu cenderung pada warna - warna yang pelbagai.
    Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun
    dan memiliki hati yang lembut.

Tuesday, April 8, 2014

HaTiKu : Genap...


    8 MAC 2014 - 8 APRIL 2014

    Genap tarikh kita mencari
    Kemana hilang membawa diri
    Hanya satu harapan kami
    Muncul lah kembali.

Tuesday, April 1, 2014