Malam nie bnyak la aq nak citer / tulis kan...
Aper-aper pOn klO rajin baca-baca la yerk...
Kadang-kadang aper yg aq tlis nie pOn tuk PERINGATAN tuk aq gak...
Manusi nie kan pelupa...
terutamanya aq nie...
Mari membaca
Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah PERIKEMANUSIAN.
Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa.
Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya.
Selalu bayangkan diri anda DI DALAM kasut seseorang
NILAI manusia adalah SEMAHAL nilai matlamatnya.
Tiada siapa paling padai dan paling bodoh
Di dunia ini kerana setiap yang pandai
Itu boleh menjadi bodoh dan setiap
Yang bodoh itu boleh jadi pandai.
Percayalah esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa akan terjadi pada hari esok.
MEMAAFKAN mngkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan MEMAAFKAN kita akan dapat mengubati hati yang telah TERLUKA.
MAAF diberi secra ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan kita sayangi beroleh bahagia.
Kita tidak dapat meneruskan hdup dengan baik jika tidak dapat melupakan KEGAGALAN dan sakit hati di masa lalu.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain,
Apabila hal itu menyakitkan hatimu,
Sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.
KAWAN SEJATI ialah orang yang MENYAYANGIMU meskipun telah mengenalmu dengan sebenar - benarnya ia itu baik dan burukmu.
Jangan tertarik kepada seseorang kerana PARASNYA,
Sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana
kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yg dapat MEMBUATMU tersenyum, Kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain ,
Itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa,
Itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar
Itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
Itu adalah hak istimewa
Namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar.
Padahal mudah, kerana ia DIMULAI daripada dirinya sendiri.
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
HIDUP memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi,
pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau setitik kegembiraan yang anda miliki itu
kepada teman anda.
PENGLIHATAN itu sebagai panah iblis yang berbisa,
Maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
Maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja,
Asalkan ia sangat MENYUKAI pekerjaan yang dilakukan.
Orang yang BERBOHONG itu sentiasa ingin
Melarikan diri sedangkan tiada
Seorang pun yang mengejarnya
Namun orang yang benar itu berani seperti singa
- Goethe
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu,
Maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan,
Seperti DURIAN berduri kerana sedap isinya,
KULIT MANGGIS pahit sebab manis di dalamnya dan
BUNGA ROS berduri kerana harum baunya
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan
Tidak akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya.
Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup
bahagia di dunia dan akhirat...