SALAM

SALAM

Total Pageviews

Saturday, November 1, 2014

HaTiKu : Kebenaran Selalu Bersama Kemenangan...

Kebenaran selalu bersama kemenangan.

Lihat la siapa yang selalu diambil berat
Abah tahu siapa salah siapa betul.

Aku takkan bercakap tanpa bukti
Aku takkan serang tanpa saksi.

Sebab kalau tak der bukti dan saksi itu dikira membuat fitnah

Kalau nak bercerita biar kita tahu apa yang sebenarnya berlaku
Kau cuma nampak apa yang negative jer..
Melakukan kebaikkan tak perlu menunjuk.
Biar dilakukan secara senyap-senyap.

Sesuka hati jer kau cakap aku sayang abah lebih 
Sebab abah bagi kereta kat aku.
Memang aku rasa sayang dekat abah lebih.
Dan untuk pengetahuan kau sayang tak perlu bersebab.!!
Aku hormat dia sebab dia bagi aku mkan minum.
Aku hidup sebab hasil pencariaan dia
Aku rasa sangat biadap kalau 
Abah ada depan mata tapi bila nak g kerja
Tak salam dia.
Ingat la kalau bukan dia kita tak hidup dalam keadaan sekarang nie.

Sesuka hati jer kau cakap aku tak sayang emak.
Rasa sayang tu masih ada. Memang marah tapi sampai bila.
Hati memang terasa dengan apa yang dilakukan
Tapi tak pernah sampai membenci.
Sayang masih ada.

Sekarang nie aku tahu la kenapa emak sayangkan kau lebih
Rupanya ader yang buruk-burukkan aku

Ader akal guna untuk perkara positive 
Kenapa la kau sebarkan perkara negative.
Tolong la. 
Tolong la jangan cakap perkara yang kau tak tahu

Kau tahu ker apa yang ader dalam hati aku nie 
Sampai cakap macam tu
Kau cuma nampak aku tak mengemas bilik
Tapi kau nampak tak siapa yang membasuh bilik air.
Maner kau tahu aku tahu wat sepah jer...??
Aku bukan pengotor. Aku tahu jaga kebersihan.

Kau cakap la apa yang kau nak cakap.
Tak per la. Ingat fitnah tu bahaya.
Sekurang-kurangnya panas baran aku nie ader ubat
Sujud pada yang SATU.
Berwuduk. 
Tapi fitnah kau itu ubatnya hanya satu iaitu
Kena minta maaf pada org yang kau fitnah tu.
TAHU TAK..???

Aku pegang satu prinsip.
Yang salah yang kena minta maaf.
Bukan yang dipersalahkan kena  minta maaf.
Kalau aku yang minta maaf aku 
Itu bermakna aku yang salah.
Itu bermakna aku mengalah.
Sorry salah tetap salah.
Kau salah kau minta maaf.
Kalau tak selama-lamanya aku akan ingat ini kesalahan
Paling besar kau pernah buat terhadap aku.

Monday, October 27, 2014

HaTiKu : Kecelaruan Minda...

Cerita luahan masalah aku.

Kau halau aku keluar.
" keluar dari rumah nie, pergi duduk luar sewa rumah "

Maaf aku tak keluar kalau kau cakap mcm nie.
Sebab bila aku keluar aku tak nak datang balik.

Aku nak kau cakap 3 perkara nie
" Pergi dari rumah ni "
" Jangan balik-balik dah "
" Aku tak nak tengok muka kau (aku la) selama-lamanya "

Tapi aku takkan paksa kau cakap mcam nie.
Ikut kerelaan kau.

Sebab bila aku keluar aku nak keluar betul-betul..

Aku tak nak tambah dosa dah.
Cukup la apa yang terjadi sekarang nie.
Sekarang nie pon aku dah banyak dosa.
Sebab aku buat tak endah dekat kau.

Friday, October 24, 2014

HaTiKu : Luruh Hatiku...

Kalau itu yang kau nak aku janji aku akan tunaikan.
Aku janji aku akan pergi dari rumah nie.
Bak kata kamu aku ini hidup menumpang.
Aku menumpang je dalam rumah ini.

Kenapa yerk salah aku, kau nampak besar sangat 
Sedangkan kau lupa ke apa yang aku buat.

Bila nak keluar aku x pernah hon kereta suruh cepat-cepat.
Aku tunggu sampai kau siap. Sebab aku hormat kau.
Tapi sayang kau tak nampak.

Anak kesayangan kau buat. Honnya berkali-kali. 
Adkah itu merupakan tanda hormat?

Aku tak bagi kau duit bulan-bulan.
Anak kesayangan kau bagi. Sebab itu kau sayang dia lebihkan

Gaji aku RM900. Anak kesayangan kau RM1600
Berbeza bukan..?

Bila L kerja aku tanya kau L makan aper? dah makan ker?

Tapi anak kesayangan kau dengan selambanya cakap 
Pandai-pandai la nak hidup. Bukan x reti nak cari.
Apa tindakan kau masa tu..Tak der. Senyap jer...

Klo aq ckap mcm tu. Mesti kau akan cakap
Tak guna ader kakak kalau tak reti nak bertanggungjawab.

Bab makan.
Bila anak kesayanagn kau beli biskut siap pesanan 
Kat adik-adik jangan usik dia punya.

Apa tindakan kau. Kau SENYAP.

Tapi bila aku beli makanan letak dalam peti ais. 
Balik kerja makanan habis.
Bila aku ckap kenapa makan sampai habis.

Kau cakap aku berkira. 
Kau cakap denngan adik-adik sendiri pon nak berkira.

Bila waktu hujan. 
Kalau aku x nak teman adik-adik pergi kedai kau cakap kat aku.
Apa guna ader kereta kalau malas.

Tapi bila anak kesayangan kau cakap tak nak. 
Kau buat apa. NOTHING.

Bila anak kesayangan kau berjanji tapi tak tepatinya. 
Kau just ckap kakak memang macam tu jarang tepati janji.

Selama nie bila aku berjanji aku tepatinya. kau TAK ingatkah.?

Kau ingat tak masa cucu kau tinggal dekat sini seminggu 
Apa dia cakap.
" Cepat-cepat la amik balik. Meyusahkan orang jer. "

Aku tak pernah cakap mcm tu.
Bila cucu kau nangis aku buai. Bila cucu kau lapar aku bagai makan.

Anak kesayangan kau lepas tangan tapi 
Bila depan mummy cucu kau dia kemain sayangkan cucu kau tu.

Semalam kau halau aku keluar tapi hati aku menahan.
Sebab aku pikir aku tak ada siapa-siapa.
Sampai hati kau tengok aku merempat tepi jalan.
Mungkin aku tidak ditakdir untuk hidup bersama keluarga ini
Aku dapat rasa kau tak pernah hargai aku.
Aku nie cuba alat untuk kesenangan kau jer.
Aku tahu itu. Aku tak tempat ingin dituju. 
Sampai hati kau halau aku kan.

Tapi aku janji sampai waktunya aku pergi.
Dan bila aku pergi aku tak nak patah balik.
Bila aku pergi aku tak nak kembali pada keluarga ini semula.
Aku tak nak ader hubungan dengan kamu dah.

Aku bukan ingin berniat jahat. 
Tapi hati anak mana yang sanggup menerima 
Berkorban lebih tapi tak dipandang pergorbanannya.
Tak dipandang kasih sayangnya.

Bila waktu tiba. Semua nie akan lenyap.
Cukup la biar rasa marah bersarang dalam hati 
Jangan rasa dendam bertamu dalam hati nie.

Suatu ketika dulu aku terdengar kau cakap dekat Opah.
Kau cakap aku nie KASAR. GANAS . TANGAN MACAM LELAKI
PERANGAI MACAM LELAKI. KURANG AJAR.
Kau tahu hari pertama aku dengar kau cakap macam nie 
Aku janji dengan hati aku kata-kata nie akan terpahat dalam otak aku sampai mati.
Aku akan buktikan pada kau aku tak nak jadi macam tu.
Tapi aku rasa kau tak pernah nampak langsung.

Sama juga bila anak kesayangan kau cakap
Aku belajar macam maner pon tetap bodoh.
Kata-kata nie aku simpan sampai aku mati.
Sebab budak bodoh nie la yang perihatin terhadap keluarga nie.

Bila Abah sakit. Anak kesayangan kau tak datang ziarah.
Aku datang. Aku beli apa yang kau suruh.
Masa A nak balik tempat kerja dia. Aku sanggup nak jaga Abah
Tapi Alhamdullillah pada hari aku niat nak jaga tu.
Abah keluar wad.

Hati aku tersentuh.  Ada satu hari aku datang jenguk.
Abah dalam toilet. Aku hantar makanan. Bila aku balik.
Abah tanya kenapa aku tak tunggu Abah keluar dari toilet
Abah tanya banyak kali. Alasan aku hari nak hujan.
Tapi sebenarnya aku sedih. Sedih tengok situasi tu.
Aku terharu. Tak pernah ader orang suruh aku tunggu.
Biasanyer semua orang suruh aku pergi.

Aku tak pernah cerita pasal hal keluarga dekat siapa-siapa pon.
Hari ini untuk pertama kalinya aku bercerita. 
Sebab sakit hati bila memendam rasa.
Aku sedih kenapa kau tak hargai aku.
Tak nampak kebaikan aku.
Bila aku salah kenapa kau tak nampak kebaikan aku.
Bila aku salah kau ibarat lupa kebaikkan aku.
Aku tahu aku anak paling jahat dalam dunia.
Sebab itu dibenci.

Kau tahu anak kesayangan kau pon mengata kau.
Tapi anak kesayangan kau berpura manis depan kau.
Dia selalu cakap apa yang aku cakap.
Tapi dia x beritahu kau apa yang dia cakap pasal kau dekat aku.
Aku digambarkan jahat, hina.
Jadi biar la aku jahat dimata semua.

Dia burukkan aku. Aku tak pernah nak buka aib dia.
Aku tak nak bila kawan-kawan aku terserempak ngan anak kesayangan kau 
mereka berprasangka buruk. Aku tak nak anak kesayangan kau
Nampak jijik depan mata orang lain.
Aku tak nak orang pandang jijik pada ahli keluarga aku.

Aku tahu aku berdosa buka aib ibu sendiri.
Aku tahu aku berdosa menderhakai ibu sendiri.
Aku sedar bau syurga dah hilang bila aku menderhakai kau.

Tapi hati seorang anak mana yang tahan
Bila diperlakukan seperti ini.
Aku rela jadi gila.
Dari hadapi masalah nie.
Aku rela sebab orang gila tak der perasaan.


Saturday, June 14, 2014

BoLaKu : World Cup...

    Terlambat update plak.
    Rasanya sempat lagi kot nak wish
    " SELAMAT MENONTON "
    Kihkihkihkih.
    Walaupon dah beberapa hari World Cup berlangsung


    Lagu Shakira lagi best
    Muzik rancak. Video pon awesome

    Aku sokong "THE THREE LIONS"